ARTIKEL

HONOR Magic6 Pro 1

HONOR Magic6 Pro dilengkapi teknologi Dolby

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Andalan terbaharu dalam Siri Magic, HONOR Magic6 Pro dilengkapi dengan teknologi julat dinamik tinggi terkemuka Dolby Vision, untuk memberikan pengalaman tontonan terbaik.

Menurut kenyatan HONOR Malaysia, dengan Dolby Vision, ia memberikan pengalaman tontonan terbaik menerusi paparan warna yang cerah, kontras dipertingkatkan dan butiran lebih baik.

“Dengan Dolby Vision, peranti ini menghasilkan semula warna yang lebih kaya dan kontras lebih terang yang dapat memukau penonton.

“Selain itu, HONOR Magic6 Pro juga menggabungkan kadar segar semula adaptif sehingga 120Hz untuk visual lebih lancar yang bertindak balas dengan pantas kepada input pengguna.

“Dengan itu, pengalaman pengguna betambah berkualiti, sama ada peranti ini digunakan untuk permainan mudah alih atau aktiviti lain,” kata kenyataan itu.

Sementara Naib Presiden APAC Marketing Dolby Laboratories Ashim Mathur berkata, kini pengguna HONOR mengetahui bahawa peranti dengan kandungan teknologi Dolby Vision menjadikan pengalaman hiburan mereka lebih sempurna.

“Dengan pelbagai warna yang mempesonakan, kontras lebih tajam dan butiran lebih kaya, Dolby Vision menawan anda dengan kualiti gambar dinamik yang menjadikan hiburan seperti sebenar,” katanya.

HONOR Magic6 Pro turut menawarkan Paparan LTPO Berkuasa Rendah Semua Julat 6.8 inci dengan resolusi 2800×1280 dan gamut warna DCI-P3 100 untuk visual tajam dan butiran terang.

Di bawah sinaran matahari, paparan mencapai kecerahan puncak 5,000 nits untuk tontonan lebih jelas.

Tambahan pula, HONOR Magic6 Pro didatangi dengan inovasi Paparan LTPO 8T yang terkemuka dalam industri untuk mencapai kadar segar semula 1Hz pada kecerahan serendah 2 nit supaya sentiasa dalam paparan (AOD) pertama Android menghasilkan paparan penuh.

Di samping itu, HONOR Magic6 Pro juga dilindungi Pelindung NanoCrystal HONOR iaitu 10 kali ganda lebih rintang jatuh berbanding kaca biasa, malah turut diperakui persijilan Overall Glass Drop Resistance Ability Lima Bintang SGS dalam pelbagai senario.

“HONOR Magic6 Pro juga didatangi Kamera Tele Falcon 180MP, Kamera Utama Dinamik Super 50MP dan Kamera Ultra Lebar 50MP untuk menangkap gambar menakjubkan.

“Telefon pintar ini turut dimuatkan dengan Bateri Karbon Silikon Generasi Kedua 5600mAh dan disokong pengecas pantas berwayar yang mencapai bateri penuh kurang daripada 40 minit,” tambah HONOR.

Untuk maklumat lanjut berkenaan HONOR Magic6 Pro, sila layari laman rasmi HONOR di www.honor.com/my.

BERITA LAIN

Nikmati tawaran bermusim HONOR Magic

KUCHING: Berikutan permintaan tinggi HONOR Magic6 Pro dalam warna unggu awan (cloud purple), HONOR bakal membawakan varian tersebut dan pembelian bermula pada 31 Mei ini.

BERITA TERBARU