Trending

Honor Malaysia adakan jelajah fotografi

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

KUCHING: Honor Malaysia mengadakan jelajah fotografi di seluruh negara untuk merakam keindahan landskap dan budaya masyarakat tempatan menerusi tanda pagar #MagicMomentsofMalaysia.

Honor dalam kenyataannya berkata, telefon pintar andalan terbaharu Siri Honor Magic5 memberi peluang kepada rakyat Malaysia untuk meneroka sambil merakam kecantikan negara ini.

“Jelajah bersempena pertandingan Fotografi Honor Magic Moments yang dilancarkan pada 6 April ini akan menghabiskan pusingan di sekitar Petaling Street, Kuala Lumpur dan Kuala Selangor.

“Sertai kami untuk meneroka keajaiban fotografi mudah alih dengan Siri Honor Magic5 untuk merakam keindahan Malaysia yang menakjubkan,” katanya.

Perjalanan seterusnya diteruskan ke Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Johor Bahru dan Ipoh, Perak.

Untuk menyertai jelajah fotografi mudah alih #MagicMomentsofMalaysia ini, sila layari laman https://forms.gle/ hqhn1fuL7w5EBZzg6.

Maklumat terkini pelancaran Jelajah Fotografi Mudah Alih Honor boleh didapati di Facebook rasmi Honor Malaysia.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

Rancakkan ekonomi negara

KUALA LUMPUR: Kerajaan Perpaduan berlandaskan Ekonomi MADANI dengan menumpukan kebijakan

E-Paper

8 December 2023

Berita Terbaru