ARTIKEL

Hormati keputusan Lembaga Pengampunan kurangkan hukuman Najib

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUANTAN: Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil meminta semua pihak menghormati keputusan Lembaga Pengampunan kepada bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. 

Menurut beliau, Perkara 42 (1) Perlembagaan Persekutuan menetapkan Yang di-Pertuan Agong berkuasa membuat keputusan.

Bercakap kepada pemberita pada sidang media selepas Ujian Kualiti Perkhidmatan Selular di Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Felda Bukit Goh, beliau menasihati individu jangan sampai melanggar undang-undang, adab, tatasusila dan jangan menyentuh isu 3R (agama, bangsa dan raja). 

Sebelum ini, Lembaga Pengampunan memaklumkan bahawa hukuman penjara terhadap Najib dikurangkan daripada 12 tahun kepada enam tahun, selain denda berjumlah RM210 juta dikurangkan kepada RM50 juta. 

Najib, 70, meringkuk di Penjara Kajang sejak 23 Ogos 2022 selepas sabit kesalahan menyeleweng RM42 juta dana SRC International.

Peguam beliau memfailkan petisyen untuk pengampunan diraja pada 2 September 2022.

BERITA LAIN

127,295 orang bekerja sendiri mendaftar SKSPS

BUKIT MERTAJAM, Pulau Pinang: Golongan bekerja sendiri digesa mencarum Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS) kerana ketika ini hanya 27.56 peratus atau 127,295 orang, daripada

Isu DNB diputuskan minggu depan – Anwar

SHAH ALAM, Selangor: Isu berhubung dakwaan bahawa Digital Nasional Bhd (DNB) bertindak tidak telus dalam menjalankan operasi dalaman akan diputuskan kerajaan pada minggu depan, kata Perdana Menteri

BERITA TERBARU