ARTIKEL

Hannah (tengah) bergambar dengan hadirin pada Majlis Perasmian Festival Hospis Kanak-kanak Malaysia di Pusat Kreatif Kanak-kanak Tengku Bainun hari ini, yang turut dihadiri Presiden Persatuan Paliatif Pediatrik Malaysia, Dr Lee Chee Chan (tiga kanan) dan Pengerusi Bazar Amal Kanak-kanak Hospis Malaysia, Dr Ng Su Fang (tiga kiri).

Hormati keputusan Norza letak jawatan sebagai presiden BAM selepas Olimpik

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, menghormati keputusan Tan Sri Mohamad Norza Zakaria untuk meletak jawatan sebagai Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM) selepas Sukan Olimpik Paris 2024.

Beliau percaya keputusan itu dibuat Mohamad Norza bagi menunaikan hasratnya kerana sebelum ini beliau pernah menyuarakan hasrat untuk meletak jawatan.

“Tan Sri Norza sebelum ini ada buat keputusan untuk meletak jawatan, dan saya rayu supaya dia menimbang semula keputusan itu memandangkan Olimpik Paris sudah semakin hampir.

“Saya percaya keputusan untuk meletak jawatan selepas Sukan Olimpik adalah bagi menunaikan hasratnya sebelum ini, dan kita perlu hormati keputusan itu.

“Saya pasti Tan Sri Norza sudah membuat persediaan sewajarnya bagi memastikan, walaupun dia tidak lagi bersama BAM, semuanya akan berjalan lancar, dan tidak memberi kesan kepada atlet,” katanya kepada media selepas merasmikan Malaysian Children Hospice Festival di Pusat Kreatif Kanak-kanak Tuanku Bainun di sini hari ini.

Semalam, Mohamad Norza berkata beliau akan meletak jawatan sebagai presiden BAM pada mesyuarat majlis seterusnya yang dijadualkan pada 24 Ogos, hanya dua minggu selepas Sukan Olimpik Paris 2024 yang berlangsung dari 26 Julai hingga 11 Ogos.

Mohamad Norza berkata Timbalan Presiden I BAM, Datuk V. Subramaniam, akan berkhidmat sebagai pemangku presiden hingga perhimpunan agung tahunan (AGM) akhir penggal semasa pada April hingga Jun, tahun depan bagi memilih pemegang jawatan baharu.

Sementara itu, Hannah turut menyampaikan ucapan tahniah kepada pemain profesional, Lee Zii Jia, atas persembahannya yang mengagumkan dan mengucapkan selamat maju jaya pada perlawanan terakhirnya di Masters Malaysia hari ini.

Beliau berkata Majlis Sukan Negara (MSN) komited untuk membantu Zii Jia dan atlet lain yang layak dalam persediaan menghadapi Olimpik akan datang walaupun mereka tidak berada dalam program ‘Road To Gold’.

“NSC komited untuk membantu dalam beberapa cara yang akan saya umumkan nanti bagi persiapan ke Olimpik kerana mereka mewakili Malaysia.

“Itu yang kita mahukan bagi setiap atlet, sama ada mereka disokong oleh MSN atau bebas, asalkan mereka layak dan membawa bendera Malaysia.

“Kita berhasrat mencari jalan untuk membantu mereka, sama ada melalui perkhidmatan Institut Sukan Negara (ISN) atau menerusi bantuan kewangan bagi menyokong mereka,” katanya. – BERNAMA

BERITA LAIN

Malaysia langkah kanan, tuai dua pingat gangsa

PETALING JAYA: Malaysia memulakan kempen Kejohanan Tenpin Boling Remaja Asia ke-23 dengan langkah positif selepas menuai dua pingat gangsa pada hari pertama saingan yang berlangsung

BERITA TERBARU