Teruna berani buka perniagaan syarikat bukan bumiputera

Trending

Hormati semangat MA63

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel
LO KHERE CHIANG

KUCHING: Adun Batu Kitang Lo Khere Chiang gembira apabila kerajaan baharu pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin terbuka untuk menghormati semangat Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), niat yang benar dan aspirasi Malaysia seperti yang diilhamkan oleh Tunku Abdul Rahman.

“Di bawah PH, kita dapat lihat janji yang tidak ditunaikan sementara kerajaan hari ini penuh berprinsip untuk menyampaikan apa-apa yang dijanjikan kepada Sarawak,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Mengenai isu autonomi kesihatan dan pendidikan, Khere Chiang berkata, ia sangat ironi kerana selepas PRU14, PH mendakwa 20 peratus royalti minyak dan gas ditahan disebabkan GPS enggan menggunakan wang itu untuk membiayai kesihatan dan pendidikan.

“Saya rasa PH bercakap terlalu banyak. Pertama mereka menyakinkan kita bahawa cukai 50 peratus dan royalti minyak dan gas 20 peratus akan dikembalikan.

“Selepas PRU-14, mereka meletakkan syarat cukai untuk membiayai kesihatan dan pendidikan.

Semua orang tahu semua perkara di bawah Perlembagaan merupakan tanggungjawab Kerajaan Persekutuan,” jelasnya.

Justeru katanya, alasan PH untuk menafikan pemberian wang seperti dijanjikan merupakan alasan lapuk.

Baca lain  Tertusuk dua batang besi jeriji pagar

“Seandainya masih berada di bawah PH, ia bukan sahaja menghina MA63, tetapi juga akan mengarahkan Petronas untuk membawa Sarawak ke mahkamah,” katanya.

Jelasnya lagi, semasa berada di bawah PH, DAP Sarawak harus mendengar kata-kata Lim Guan Eng yang menarik balik semua janji-janjinya kepada Sarawak.

“Apa yang dicari oleh GPS untuk Sarawak dalam kerajaan terdahulu adalah sama dengan apa yang GPS mahukan daripada kerajaan sekarang.

“GPS tidak akan menyokong kerajaan yang tidak mengutamakan Raja, negara dan rakyatnya,” kata Khere Chiang lagi.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

28 Mei 2023

Berita Terbaru