ARTIKEL

Waris Siri Meringai dicari.

Hospital Bintulu cari waris Siri Meringai

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BINTULU: Hospital Bintulu memohon bantuan awam untuk menjejaki waris seorang pesakit, Siri Meringai.

Menerusi kenyataan Hospital Bintulu, wanita berusia 47 tahun itu, kini ditempatkan di Wad Perubatan Perempuan hospital berkenaan sejak 12 Jun lalu.

Menurut kenyataan itu, pesakit tersebut telah selesai menjalani rawatan dan dibenarkan discaj dari wad.

“Bagaimanapun, ahli keluarga pesakit tidak dapat dihubungi untuk membawa pesakit pulang ke rumah.

“Pesakit dimaklumkan mempunyai ahli keluarga terdekat yang berada di Bintulu.

“Alamat terakhir pesakit yang direkodkan adalah di Blok P-3-2, RPR Sungai Plan, Jalan Tanjung Kidurong, Bintulu,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Sehubungan itu, pihak Hospital Bintulu menyeru waris atau ahli keluarga pesakit untuk datang segera ke Wad Perubatan Perempuan Hospital Bintulu atau menghubungi talian 086-859000 sambungan 3111 atau 086-859000 sambungan 2020 dengan kadar segera.

BERITA LAIN

Projek pembangunan giat dijalankan di sekitar Debak

SARIBAS: Beberapa pembangunan di kawasan sekitar Daerah Kecil Debak telah dipergiat bagi memastikan kawasan tersebut terus menikmati kemajuan. Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti

BERITA TERBARU

Penyulut SPM meri pengaga ngagai semua

KUCHING: Bulih pemutus peresa nyulut ba Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 ukai penyulut siku orang aja tang nya penyulut semua raban. Nembiak Sekula Sekondari (SMK)