Resepi DEBM menyakiti hati dari menantu yang tersakiti

Hospital Medan ATM di Kapit beroperasi 10 Mei ini

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email

KAPIT: Hospital Medan ATM di Kapit mula beroperasi pada 10 Mei ini bagi merawat pesakit bukan Covid-19.

Ia mampu menempatkan 40 katil dan pesakit pada satu-satu masa.

Bantuan menyeluruh dari TUDM dalam mengkoordinasi penerbangan membawa aset perubatan dari Kuching dan Kuala Lumpur telah memudahkan proses penubuhan hospital tersebut berserta tujuh Pegawai (Doktor Perubatan) dan 35 Lain-lain Pangkat (Pembantu Perubatan) yang turut dibantu oleh staf-staf perubatan dari Hospital Daerah Kapit.

Ia juga mengurangkan beban rawatan pesakit bukan Covid-19.

Timbalan Ketua Menteri Tan Sri James Jemut Masing, bersama-sama Timbalan Menteri Kesihatan II Datuk Aaron Ago Dagang dan Panglima 1 Divisyen Mejar Jeneral Dato’ Dzulkafli Mustaffa serta Panglima 9 Briged Brigedier Jeneral Shamshor Jaafar, meninjau perkembangan penubuhan Hospital Medan ATM di Dewan Masyarakat Melayu Kapit di sini semalam.

Sesi tinjauan dimulakan dengan taklimat pengoperasian Hospital Medan ATM oleh Pegawai Memerintah 1 Batalion Ubat, Leftenan Kolonel Dr Saiful bin Ju@Ju Ahmad selaku Komander Misi Hospital Medan ATM Kapit.

Seterusnya Timbalan Ketua Menteri Sarawak bersama Timbalan Menteri Kesihatan 2 dibawa meninjau persiapan dan kerja-kerja yang sedang dijalankan di sini.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

24 Mac 2023

Berita Terbaru

Bali rai Hari Nyepi

BALI: Pulau peranginan terkenal Indonesia, Bali kelihatan sunyi kerana penduduk