ARTIKEL

Austine, 72

Hospital Miri cari waris Maratin

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

MIRI: Hospital Miri menyeru waris atau ahli keluarga pesakit dikenali sebagai Maratin Austine, 72, agar menghubungi Jabatan Kerja Sosial Perubatan (085-460633) atau hadir ke wad Hospital Marudi pada kadar segera.

Hospital terbabit dalam kenyataan hari ini memaklumkan pesakit memberitahu alamat terakhirnya di Kampung Pujut Padang Kerbau, Miri.

Jelas kenyataan itu, pesakit kini ditempatkan di Hospital Marudi, selesai menerima rawatan.

“Pada mulanya, pesakit mendapat rawatan di Hospital Miri sejak Oktober 2023, namun tiada waris mengunjungi pesakit sehingga pesakit terpaksa dipindahkan ke Hospital Marudi selesai menerima rawatan,” kata kenyataan tersebut.

Dedah kenyataan itu, pesakit memaklumkan beliau mempunyai anak-anak yang tinggal di daerah Kanowit.

Namun, menurutnya, nombor telefon mereka gagal dihubungi.

BERITA LAIN

Bacaan IPU Sarawak baik, sederhana

KUCHING: Indeks Pencemaran Udara (IPU) di seluruh Sarawak menunjukkan bacaan baik dan sederhana serta tiada bacaan tidak sihat direkodkan susulan letusan Gunung Ruang di Sulawesi

ADUN Repok lawat dua pesakit warga emas

SARIKEI: Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Datuk Seri Huang Tiong Sii melawat dua warga emas yang terlantar sakit di kediaman mereka, pada Khamis.

Pesta Beras Adan 2024 di Ba’Kelalan

LAWAS: Ba’Kelalan mempunyai potensi besar untuk dipasarkan dan dipromosikan sebagai destinasi pelancongan ekologi. Yang Dipertua Dewan Negara, Senator Datuk Mutang Tagal berkata demikian susulan pelbagai

BERITA TERBARU

Kenangan raya terkurung, terkejut

JIKA ditanya mengenai tempoh paling menyeronokkan menyambut Hari Raya Aidilfitri, sudah pasti kebanyakan kita akan memilih zaman kanak-kanak. Apa tidaknya, ketika itu kita tidak perlu