KUCHING: Hospital Sentosa sedang mencari ahli keluarga atau waris kepada seorang pesakit lelaki berbangsa Cina bernama Chong Chung Peng.
Menurut Jabatan Kerja Sosial Perubatan Hospital Sentosa, Chung Peng yang berusia 34 tahun telah dimasukkan ke wad pada 4 Julai lalu dan sekarang ditempatkan di Wad Akut Lelaki, Hospital Sentosa, di sini.
“Melalui maklumat yang diterima, alamat terakhir pesakit ialah di Kampung Tebakang, Serian,.
“Sehubungan itu, pihak hospital memohon jasa baik orang ramai atau waris yang mengenali pesakit agar segera menghubungi pihak kami,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Orang ramai boleh menghubungi Pegawai Kerja Sosial Perubatan, Mohd Sukran Kana di talian 082-612 321 sambungan 335 atau 016-5766263 sekiranya mempunyai sebarang maklumat.