ARTIKEL

Jackson Lusang

Hospital Sibu cari waris Jackson Lusang

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SIBU: Hospital Sibu kini sedang mencari waris atau ahli keluarga kepada pesakit lelaki berusia 31 tahun yang dikenali dengan nama, Jackson Lusang.

Menurut kenyataan hospital tersebut, daripada maklumat yang diterima pihaknya, pesakit adalah berasal dari Sungai Asap, Belaga.

“Pesakit telah dibawa ke Hospital Sibu menggunakan ambulans atas panggilan orang awam pada 12 Ogos lalu.

“Orang awam telah menjumpai pesakit dalam keadaan cedera setelah terlibat dalam kemalangan jalan raya,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Hospital Sibu turut memberitahu pesakit dijumpai dalam keadaan tanpa sebarang identiti bersama.

“Pihak wad memaklumkan bahawa tiada waris atau ahli keluarga yang datang menziarahinya sejak kemasukkan di Wad Ortopidik Lelaki (Wad 16), Tingkat 1, Hospital Sibu.

“Sehubungan itu, pihak kita menyeru waris atau ahli keluarga pesakit untuk datang segera ke wad atau menghubungi talian 084-238888 sambungan 7110 dengan kadar segera,” tambahnya.

NOTIS TENDER

BERITA LAIN

Jambatan Sebauh dijangka siap lebih awal

SEBAUH : Kemajuan kerja-kerja pembinaan Jambatan Sebauh menyeberangi Sungai Kemena dekat sini berada pada tahap 12.67 peratus dan lebih awal. Menurut Timbalan Premier Datuk Amar

Bangunan Persatuan Autistik Kuching diperbesar

KUCHING: Kerajaan Sarawak menyediakan geran sebanyak RM4,179,000 untuk membina blok pendidikan tiga tingkat kedua Persatuan Autistik Kuching (KAA) yang baharu. Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan

BERITA TERBARU

Zaman makin canggih, adab makin mundur

KETIKA masih kanak-kanak atau zaman sekolah sekitar tahun 90-an atau awal 2000, kita amat menghormati orang lebih tua terutama ibu bapa. Ini kerana kebanyakan kita

Garuda mendarat cemas akibat kebakaran enjin

HANOI: Sebuah pesawat yang membawa 468 penumpang dari Indonesia ke Arab Saudi melakukan pendaratan cemas pada Rabu lalu, susulan kebakaran enjin, menurut syarikat penerbangan Garuda

Naim Daniel dikecam

PELAKON dan penyanyi, Naim Daniel dikecam setelah memberikan pandangan tentang Blackout 2024. Naim Daniel atau nama sebenarnya Muhammad Naim Daniel Baharin, 27, melalui satu hantaran