ARTIKEL

GAMBAR PESAKIT... Jamba Anak Senu

Hospital Sibu cari waris pesakit lelaki bernama Jamba Senu

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SIBU: Hospital Sibu sedang mencari waris atau ahli keluarga kepada seorang pesakit lelaki, berbangsa Iban dikenali dengan nama Jamba Senu.

Menerusi satu kenyataan, Hospital Sibu memberitahu alamat terakhir pesakit berusia 39 itu ialah di Tuai Rumah Langidai Semumok Atas Betong.

“Pesakit dibawa menggunakan ambulans dan dimasukkan ke hospital pada 4 Januari lalu, selepas menerima panggilan kecemasan daripada orang awam.

“Namun sepanjang berada di dalam wad, tiada ahli keluarga mahupun waris pesakit hadir ke hospital tersebut,”
dalam kenyataan, hari ini.

Hospital itu juga memberitahu, pihaknya telah cuba mendapatkan maklumat daripada ketua kampung tempat tinggal pesakit, namun gagal memperoleh sebarang butiran.

“Justeru itu, kami menyeru supaya waris atau ahli keluarganya tampil mengambil pesakit di hospital ini.

“Sementara bagi pihak yang mengenalinya, diharapkan dapat menghubungi Unit Kerja Sosial Perubatan, di talian 084-343 333 sambung 7307 pada waktu pejabat atau berjumpa Pegawai Perubatan di Wad Psikiatri Lelaki (32) Hospital Sibu,” tambah kenyataan itu.

BERITA LAIN

Projek pembangunan giat dijalankan di sekitar Debak

SARIBAS: Beberapa pembangunan di kawasan sekitar Daerah Kecil Debak telah dipergiat bagi memastikan kawasan tersebut terus menikmati kemajuan. Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti

BERITA TERBARU

Penyulut SPM meri pengaga ngagai semua

KUCHING: Bulih pemutus peresa nyulut ba Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 ukai penyulut siku orang aja tang nya penyulut semua raban. Nembiak Sekula Sekondari (SMK)