ARTIKEL

Hospital Umum Sarawak cari waris Wong King Seng

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Hospital Umum Sarawak (HUS) mencari waris atau ahli keluarga kepada penama yang dikenali sebagai Wong King Seng.

HUS dalam satu kenyataan hari ini memberitahu, lelaki itu dilaporkan pengsan di kaki lima Jalan Song Thian Cheok pada 11 Januari lalu sebelum dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut dengan bantuan orang ramai.

Berdasarkan kad pengenalan lelaki itu katanya, penama beralamat di Lot 496 Pujut 1A Jalan Nangka 8, Miri.

“Tiada sebarang maklumat diperoleh daripada penama memandangkan penama telah disahkan menghidap strok dan tidak mampu untuk berkomunikasi. 

“Dia kini terlantar dan sedang menjalani rawatan. Pihak hospital juga gagal menghubungi ahli keluarga penama,” katanya.

Sehubungan itu, HUS menyeru waris atau ahli keluarga penama untuk menghubungi Pegawai Kerja Sosial Perubatan, Aime Yusup, menerusi talian 082-276666 sambungan 4338 (waktu pejabat) dengan segera.

BERITA LAIN

Premier Sarawak berada di Poland

POZNAN: Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Johari Tun Openg bakal berucap sebagai ahli panel forum pada sesi ‘Debate Regions for the Planet’ di Poland

Hutan jadi sumber ekonomi utama

KUCHING: Jabatan Hutan Sarawak mengambil satu lagi langkah penting ke arah memperkukuh inisiatif karbon hutan di Sarawak dengan menandatangani Surat Persefahaman (LOU) dengan Universiti Sains

Gali ilmu dengan banyak membaca

KUCHING: Ahli Dewan Bandaraya Kuching Utara Sih Hua Tung menggesa masyarakat untuk lebih peka terhadap kepentingan membaca khususnya pada zaman teknologi masa ini. Menurutnya, menggalakkan

BERITA TERBARU

Bina legasi baharu badminton negara

SKUAD badminton lelaki negara diingatkan agar tidak terbuai dengan nostalgia kegemilangan lampau pasukan kebangsaan, sebaliknya cuba untuk melakar sejarah baharu dengan merangkul Piala Thomas 2024

Premier Sarawak berada di Poland

POZNAN: Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Johari Tun Openg bakal berucap sebagai ahli panel forum pada sesi ‘Debate Regions for the Planet’ di Poland