Hotel Dormani adakan promosi istimewa bermula esok

KUCHING: Kumpulan Hotel Dormani sekali lagi hadir dengan tawaran istimewa dan promosi khas  buat semua pelanggannya pada 26 hingga 27 Oktober ini.

Menurut  Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Hotel Dormani , Ibrahim Nordin pihaknya akan mengadakan promosi khas kepada semua pelanggan dengan menyediakan tawaran khas untuk hidangan yang disediakan.

Katanya sebagai pengusaha hotel Sarawak yang pertama dengan pengalaman di luar negara yang sebagaimana di Bali, Laos, Singapura dan Hong Kong dan kemudian kembali ke Sarawak, Ibrahim Nordin menjelaskan bahawa penjagaan terperinci  sangat penting buat  tetamu dalam memilih tempat mereka menjamu selera khasnya kepada keluarga dan perniagaan mempunyai keperluan yang berbeza.

“Pengunjung yang membawa keluarga mungkin lebih suka tempat yang mesra kanak-kanak dengan pelbagai faedah  kemudahan tambahan, sementara yang terlibat dalam perniagaan mungkin mereka memerlukan persekitaran yang lebih peribadi dalam membawa pelanggan bagimemudahkan perbincangan perniagaan dibuat.

“Sehubungan itu, ciri-ciri ini telah disediakan khas di BBQ Marathon Buffet di Grand Dormani Rajah Court Hotel, pada 27 Oktober ini yang mana, bufet akan dibuka pada jam 12.00 tengah hari dan berlangsung sehingga 5.00 petang untuk tempoh lima jam,” katanya.

Jelasnya  tawaran ini akan diadakan di Restoran White Rajah dengan tempat duduk di dalam restoran dan di luar di kawasan kolam sebagai tambahan kepada dua bilik peribadi kecil.

“Bagi kanak-kanak satu pertandingan mewarna akan diadkaan dan hadiah menarik juga akan diberikan kepada pemenang,bagi yang dewasa mereka boleh orang menyertai sesi karaoke secara percuma dan  penggunaan kolam pada hari itu adalah percuma untuk semua.

“Pelbagai pilihan hidangan khasnya menu panggang  seperti sayap panggang ayam, daging panggang, bahu kambing panggang, ikan bakar dan  kambing panggang keseluruhan dan semua ini hanya boleh didapati di Dormani Hotel ini,” ujarnya.

Ujarnya lagi bagi yang  memilih tema hi-teh yang lebih kecil, mereka boleh pergi ke Grand Dormani Hotel Kuching untuk Buffet Marathon Hi-teh pada 26 Oktober ini (hari ini) bermula dari jam 12.00 tengah hari sehingga 5.00 petang, dan pelanggan akan disajikan dengan makanan kegemaran tempatan seperti laksa Sarawak, roti canai, rojak Sarawak, Nasi Butter Dormani dan banyak lagi.

“Oleh itu, ambil peluang ini untuk berehat bersama keluarga dan rakan anda untuk memulakan cuti sekolah datang ke Hotel Dormani,  untuk menghabiskan lebih banyak masa bersama dengan insan yang penting dalam hidup anda,” jelasnya.

Untuk tempahan dan pertanyaan, pelanggan boleh menghubungi 082-241111 untuk Hotel Dormani dan 082-484799 untuk Hotel Grand Dormani.

Suara Sarawak