ARTIKEL

Kredit: BERNAMA

Houthi serang USS Gravely di Laut Merah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

DOHA: Houthi Yaman pada Rabu berkata pergerakan itu melancarkan serangan baharu ke atas kapal pemusnah milik Tentera Laut Amerika Syarikat (AS), USS Gravely, di Laut Merah, lapor Sputnik.

“Pasukan tentera laut kami melepaskan peluru berpandu ke arah kapal pemusnah AS, USS Gravely, di Laut Merah,” menurut jurucakap tentera Houthi, Yahya Saree, di televisyen.

Semua kapal AS dan United Kingdom di Laut Merah dan Laut Arab dianggap sebagai sasaran berpotensi serangan Houthi, katanya.

Tentera Yaman akan terus menyekat laluan kapal yang ada kaitan dengan Israel atau yang belayar menuju ke pelabuhan Israel melalui Laut Merah dan Laut Arab sehingga serangan di Semenanjung Gaza dihentikan, menurut jurucakap tentera itu. – BERNAMA

BERITA LAIN

Empat maut dalam insiden tanah runtuh di Antipolo

MANILA: Kejadian tanah runtuh di bandar Antipolo, timur Manila meragut empat nyawa setakat ini, menurut jurucakap Pejabat Pengurusan Pengurangan Risiko Bencana Bandar Antipolo, Relly Bernardo

Budak 5 tahun dijangkiti selesema burung

PHNOM PENH: Seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun dari Wilayah Takeo di selatan Kemboja disahkan dijangkiti selsema burung H5N1, menjadikan jumlah kes kepada tujuh sejak

Singapura benarkan 16 serangga dimakan

SINGAPURA: Agensi Makanan Singapura (SFA) pada Isnin telah meluluskan 16 spesies serangga untuk makanan manusia termasuk serangga tertentu seperti cengkerik, belalang juta, belalang, “mealworm”, ulat

BERITA TERBARU

Optimum infrastruktur kuasa hidro negara

KUCHING: Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) berminat untuk bekerjasama dengan Sarawak Energy Berhad, Persatuan Tenaga Hidro Antarabangsa (IHA) dan Perikatan Boleh Diperbaharui Global

Buaya tersangkut pada mata kail di Sebuyau

SEBUYAU: Disangka ikan besar, rupa-rupanya buaya tersangkut pada mata kail yang dipasang penduduk di sungai Kampung Nat di sini, hari ini. Komander Operasi PBKII KUP