ARTIKEL

HSBC lancar kad kredit TravelOne untuk pengembara

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: HSBC Bank Malaysia Bhd dengan kerjasama Mastercard telah melancarkan kad kredit HSBC TravelOne untuk meningkatkan pengalaman pengembaraan pemegang kad yang gemar melancong.

Kad itu akan menjadi pencetus perubahan untuk pengembaraan kerana ia adalah yang pertama dalam pasaran yang membolehkan pemegang kad menebus ganjaran perjalanan mereka dengan serta-merta dengan syarikat penerbangan dan rangkaian hotel terkemuka terpilih melalui aplikasi perbankan mudah alih bank, kata HSBC dalam satu kenyataan bersempena dengan majlis pelancaran kad tersebut di sini, semalam.

Ketua Kumpulan Perbankan Runcit dan Strategi, Kekayaan dan Perbankan Peribadi, Taylan Turan berkata HSBC menyasar untuk menyampaikan produk dan perkhidmatan bagi memenuhi permintaan pangkalan pelanggan Asia Tenggara yang semakin meningkat.

“Sebagai sebahagian daripada ini, kami meningkatkan pembangunan keupayaan digital baharu sepadan dengan pelbagai keperluan pinjaman mereka serta faedah yang boleh mereka gunakan serta-merta.

“Kad Kredit HSBC TravelOne ini adalah bahagian penting dalam rancangan kami untuk mengembangkan francais antarabangsa rentas sempadan unik kami melalui penawaran kad perjalanan pelbagai pasaran dengan kerjasama Mastercard,” katanya.

Turan berkata pengembaraan di pasaran utama Asia Tenggara seperti Malaysia dan Singapura akan mencatatkan pertumbuhan pantas kerana pengembara dari Malaysia membelanjakan lebih 66 peratus pada suku keempat 2022 untuk perbelanjaan runcit di luar negara berbanding suku keempat 2019.

Selain itu, segmen golongan mewah (individu berpendapatan tinggi) dijangka mencecah 136 juta menjelang 2030, ia akan memacu pasaran pengguna rantau ini manakala majoriti pengguna daripada golongan mewah adalah golongan muda, generasi milenium (mereka yang lahir pada pertengahan 1990-an hingga awal tahun 2000), golongan celik teknologi dan gemar melancong, katanya.

Turan berkata Malaysia adalah pasaran paling pesat berkembang di Asia Tenggara disebabkan penggunaan pembayaran digital yang pantas terutamanya dalam kalangan golongan muda, mendorong pasaran e-dagang berkembang pada kadar pertumbuhan tahunan kompaun sebanyak 18 peratus sehjak beberapa tahun lepas.

“Untuk merebut peluang yang berkembang pesat ini di Malaysia dan lebih meluas lagi di Asia Tenggara, kad kredit TravelOne adalah yang terbaharu, antara rangkaian keupayaan di peringkat antarabangsa dan dipertingkat diperkenalkan ke Malaysia,” katanya.

Bank itu berkata selain daripada penebusan mata ganjaran secara serta-merta, pemegang kad boleh memperoleh sehingga lapan kali ganda mata ganjaran untuk perbelanjaan mereka yang layak dan menikmati keistimewaan pengembaraan seperti perlindungan insurans pengembaraan percuma dan akses kepada lounge (bilik istirehat) di lapangan terbang. – BERNAMA

BERITA LAIN

“Kalau tak siap, siap kau.” – Fadillah

KUCHING: “Kalau tak siap (projek), siap kau (kontraktor),” itu gurauan tegas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof, kepada pihak kontraktor bagi Projek Pembangunan Lembangan

KOBIS Bhd memperkasa belia lonjak pendapatan

KUCHING: KOBIS Bhd, yang diketuai oleh pengerusinya, Zaiwin Kassim, dan ahli lembaga lain, mengunjungi Pejabat Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) kelmarin. Delegasi tersebut disambut oleh Pengarah

Pupuk ketelusan dalam amalan perolehan

KUALA LUMPUR: Commerce Dot Com Sdn Bhd (CDC) dan Institut Tadbir Urus Korporat Malaysia (MICG) memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) bagi memupuk ketelusan, akauntabiliti dan standard

BERITA TERBARU