ARTIKEL

People take pictures with the first car of the Jakarta-Bandung high-speed train during a week-long public trial phase at the Tegalluar station in Bandung, West Java, on September 17, 2023. The operation of a high-speed railway running from capital Jakarta to the Javan city of Bandung funded by Beijing is set to open next month after a series of delays. (Photo by Yasuyoshi CHIBA / AFP)

HSR JakartaBandung jadi contoh terbaik

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

JAKARTA: Setiausaha Agung ASEAN, Kao Kim Hourn, berkata kereta api berkelajuan tinggi (HSR) Jakarta-Bandung bukan sahaja merupakan HSR pertama di Indonesia bahkan di Asia Tenggara dan menjadi contoh baik di rantau berkenaan.

Beliau berkata dengan adanya HSR Jakarta-Bandung, para penumpang tempatan berpeluang menikmati perjalanan selesa dan mudah yang dibawakan oleh HSR China.

Projek itu sekali gus memaparkan manfaat kerjasama inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) kepada negara-negara ASEAN.

Sementara itu, Kao turut menzahirkan harapan untuk meningkatkan kerjasama kesalinghubungan dengan China agar memberikan limpahan manfaat kepada rakyat serantau.

Atas undangan Duta China ke ASEAN, Hou Yanqi dan Wakil Tetap Indonesia ke ASEAN, Derry Aman, Setiausaha Agung ASEAN Kao Kim Hourn; Naib Setiausaha Agung ASEAN, Ekkaphab Phanthavong, wakilwakil tetap dari negara-negara anggota ASEAN serta duta dari beberapa negara rakan dialog ASEAN, telah menaiki HSR Jakarta-Bandung pada 25 September.

Rombongan diplomat itu menaiki kereta api dari stesen Halim di Jakarta ke stesen Tegal Luar di Bandung. Mereka kemudian mengadakan lawatan di stesen Tegal Luar.

Petugas dari syarikat HSR China Indonesia memberikan taklimat berkaitan pembinaan dan pengoperasian HSR JakartaBanding dan mengadakan sesi soal jawab. – Bernama-CMG

BERITA LAIN

China konsisten alu-alukan pelaburan asing

BEIJING: Masyarakat antarabangsa semakin yakin akan ekonomi China yang meningkat semula dan berkembang menuju ke arah yang baik sejak awal tahun ini. China mengalu-alukan sektor

BERITA TERBARU

Polis siasat wanita dakwa diri Imam Mahdi

KUANTAN, Pahang: Polis sedang menyiasat seorang wanita yang mendakwa dirinya sebagai Imam Mahdi seperti tular di media sosial sejak semalam. Ketua Polis Daerah Jerantut, Superintendan