Huang hulur bantuan segera baiki jambatan rosak dihempap pokok tumbang

SARIKEI: Penduduk sebuah Rumah Rampai Sungai Selangan di sini terjejas apabila sebatang pokok tumpang menghempap dan merosakkan jambatan yang menjadi jalan penghubung mereka awal pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat. Sarikei, Mahmudin Narudin berkata, pokok rungun yang berukur lilit dua meter itu dipercayai tumbang kerana reput dan angin kencang.

Katanya, kejadian disedari penduduk pada 6.30 pagi sebelum menghubungi Bomba untuk mendapatkan bantuan.

“Kami bergegas ke tempat kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan pada 6.39 pagi.

“Setibanya di lokasi, kami mendapati pokok itu rebah melintangi jalan menuju ke rumah panjang dan meruntuhkan jambatan ke rumah panjang 23 pintu itu.

Ahli GPS N.45 Repok bergotong royong membantu membaiki kerosakan jambatan.

“Ia turut merosakkan dapur sebuah rumah yang terletak kira-kira tiga meter dari pokok berkenaan, ” katanya kepada wartawan Suara Sarawak.

Beliau berkata, pasukannya bertindak menggunakan tiga unit Chinsaw dan parang untuk memotong dan mengalih ranting.

Operasi itu katanya, mengambil masa lebih sejam dan tamat pada 8.20 pagi.

“Hasil pemeriksaan susulan, kejadian ini tidak mengakibat kemusnahan harta benda dan kecederaan,” jelasnya.

Kejadian itu mendapat perhatian ADUN N.45 Repok, Dato’ Sri Huang Tiong Sii dengan menghulurkan bantuan segera.

Susulan itu, jurucakap Pusat Khidmat N.45 Repok berkata, lebih 20 ahli GPS Repok bergegas ke tempat kejadian sebelum membaiki kerosakan jambatan terbabit secara gotong royong.

“Kerja bermula 9.00 pagi dan siap sepenuhnya kira-kira 5.00 petang tadi. Ia kini boleh digunakan untuk sementara waktu,” katanya.

Semangat muafakat memudahkan kerja membaiki jambatan terbabit.

 

Bomba membantu membersihkan sisa pokok yang tumbang.

Suara Sarawak