ARTIKEL

Hubungan erat badan korporat dengan persatuan amat diperlukan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BINTULU: Ke arah usaha memupuk semangat dan mengeratkan hubungan antara syarikat dengan pihak Persatuan Nelayan Kawasan(PNK) Bintulu dan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Bintulu Port Holdings Berhad (BPHB) melalui anak syarikatnya Bintulu Port Sdn Bhd (BPSB) telah menganjurkan program Jalinan Mesra (Engagement Session) pada hari ini.

Penganjuran program ini, nyata mendapat sokongan padu daripada ahli-ahli Lembaga Pengarah PNK Bintulu
yang diketuai oleh pengerusinya, Jumat Brahim.

Pada program tersebut, BPHB menyumbang dana berjumlah RM10 ribu bagi kegunaan aktiviti persatuan tersebut selain sumbangan baucer buku bernilai RM100 kepada 32 orang penerima yang terdiri daripada anak- anak ahli persatuan berkenaan.

Acara ringkas penyampaian sumbangan disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan BPHB, Datuk Mohammad Medan Abdullah.

Dalam ucapannya, Medan berkata pihak BPHB sentiasa peka dan prihatin kepada masyarakat yang memerlukan bantuan, khasnya golongan nelayan di kawasan Bintulu di mana punca pencarian mereka bergantung kepada hasil tangkapan di laut.

Malah, beliau juga berharap anak-anak nelayan terus berjaya dalam pembelajaran sekaligus berharap agar mereka akan berjaya dan seterusnya layak untuk memohon jawatan yang bersesuaian di Bintulu Port.

Sumbangan ini simbolik tanda keperihatinan syarikat dan juga sebagai Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) kepada golongan nelayan, ujarnya.

Selain penyampaian sumbangan, turut diadakan juga ceramah kerjaya dalam bidang pelayaran, khususnya dalam bidang marin di Pelabuhan Bintulu, penerangan berkaitan Marine Risk Assessment Requirement berhubungan Pengisian Minyak di Laut (Bunkering At Sea).

Pihak Bintulu Port Holdings Berhad berharap, melalui Program CSR yang berkonsepkan ia secara tidak langsung akan dapat memupuk nilai-nilai yang lebih rapat antara syarikat dengan Persatuan Nelayan Kawasan Bintulu.

Ketua Pegawai Operasi BPSB, Omar Salleh, Pengurus Besar Perkhidmatan Marin BPSB,Borhana Gani,Pengurus Kanan, Perkhidmatan Korporat Kumpulan BPHB selaku pengerusi Program CSR Bintulu Port Prihatin, Maslihah Haji Tioh antara yang hadir.

TANGGUNGJAWAB SOSIAL…Medan merakamkan gambar bersama-sama komuniti Persatuan Nelayan Kawasan Bintulu padaprogram Jalinan Mesra Bintulu Port Sdn Bhd.
IKHLAS…Medan menyampaikan replika cek kepada Jumat mewakili Persatuan Nelayan Kawasan Bintulu.

BERITA LAIN

Dua saspek curi motosikal berjaya dicekup

MIRI: Seorang lelaki tempatan dan warganegara Indonesia yang terlibat dalam kes curi motosikal berjaya ditangkap oleh pasukan Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD)

Tujuh lelaki ditangkap terlibat sabung ayam

MIRI: Tujuh lelaki berjaya ditangkap dalam serbuan sabung ayam di kawasan Kampung Bersatu, di sini, baru-baru ini. Ketua Polis Daerah Miri Asisten Komisioner Alexson Naga

BERITA TERBARU

Dua saspek curi motosikal berjaya dicekup

MIRI: Seorang lelaki tempatan dan warganegara Indonesia yang terlibat dalam kes curi motosikal berjaya ditangkap oleh pasukan Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD)

Pelakon veteran, Kamal Bakar meninggal dunia

KUALA LUMPUR: Pelakon veteran Kamaruldzaman Bakar atau lebih dikenali Kamal Bakar meninggal dunia di Hospital Melaka awal pagi ini. Pemergian pelakon itu pada usia 62

Awas cuaca panas, jerebu

BARU-BARU ini, kita dikejutkan dengan insiden strok haba dan demam yang melibatkan kanakkanak. Ia disebabkan keadaan cuaca panas atau fenomena El Nino yang turut dipengaruhi

Tujuh lelaki ditangkap terlibat sabung ayam

MIRI: Tujuh lelaki berjaya ditangkap dalam serbuan sabung ayam di kawasan Kampung Bersatu, di sini, baru-baru ini. Ketua Polis Daerah Miri Asisten Komisioner Alexson Naga