ARTIKEL

Hujan berterusan di Sarawak hingga 12 Januari

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Penumpuan angin timuran dijangka berlaku di timur Sarawak dan Sabah sehingga 12 Januari ini.

Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) Muhammad Helmi Abdullah berkata, jangkaan tersebut adalah berdasarkan analisis model-model cuaca.

Katanya, keadaan ini boleh menyebabkan peningkatan kelembapan yang berpotensi membawa hujan berterusan di kawasan terbabit.

“MET Malaysia telah mengeluarkan amaran hujan berterusan di Sarawak berkuat kuasa hingga 12 Januari ini,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Justeru, orang awam dinasihatkan untuk sentiasa merujuk laman web www.met.gov.my dan media sosial rasmi MET Malaysia serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat yang terkini dan sahih.

LAIN-LAIN BERITA

Cubaan tiga lelaki curi kereta gagal

KOTA SAMARAHAN: Cubaan tiga lelaki melarikan sebuah kereta di Taman Uni Garden gagal apabila diberkas polis selepas terbabas di Jalan Stutong, pada malam Selasa. Pemangku

BERITA TERBARU