ARTIKEL

Hujan berterusan, rumah dinaiki air satu meter

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

Anggota bomba yang tiba di lokasi membuat pemantauan.

JULAU: Sebuah rumah di Jalan Entabai Seberang, Dewan Masyarakat Julau, di sini terjejas kerana dinaiki air.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, pelapor memaklumkan kepada pihak bomba bahawa kejadian tersebut berlaku pada Ahad lalu.

“Takungan air hujan dan hujan yang berterusan menyebabkan air naik sehingga lebih kurang satu meter.

Pemilik rumah dinasihatkan untuk berjaga-jaga ekoran keadaan cuaca tidak menentu.

“Tiada pemindahan dilakukan kerana penghuni rumah tersebut telah memindahkan barang-barang mereka ke rumah saudara yang terletak bersebelahan rumah,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Bagaimanapun beliau berkata, pihak bomba menasihati agar berjaga-jaga dengan sebarang kemungkinan kerana cuaca yang tidak menentu.

Selain itu katanya, mereka juga diminta untuk menghubungi pihak berwajib sekiranya keadaan tidak terkawal.

BERITA LAIN

Kerap pantau harga barang

SIBU: Impak kenaikan harga diesel di Semenanjung kemungkinan akan memberi kesan kepada Sabah dan Sarawak. Kebimbangan ini disuarakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit

BERITA TERBARU

Kerap pantau harga barang

SIBU: Impak kenaikan harga diesel di Semenanjung kemungkinan akan memberi kesan kepada Sabah dan Sarawak. Kebimbangan ini disuarakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit