ARTIKEL

Kredit: BERNAMA

Hujan buatan bantu padam kebakaran di Gunung Utara China

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

TAIYUAN (China): Kebakaran gunung di wilayah Shanxi, utara China berjaya dipadamkan pada tengah hari Ahad selepas operasi memadam kebakaran berlanjutan selama empat hari dan dibantu hujan buatan, menurut pihak berkuasa tempatan.

Lebih 2,200 anggota bomba, 63 jengkaut dan 88 lori tangki menyertai operasi itu, menurut ibu pejabat respons kecemasan di Daerah Anze di Linfen, lapor Xinhua.

Usaha memadam kebakaran berdepan cabaran ekoran keadaan cerun yang curam, suhu tinggi dan cuaca berangin.

Pihak berkuasa tempatan kemudiannya menjalankan operasi pembenihan awan pada petang Sabtu untuk membantu memadam kebakaran yang berlaku pada Rabu.

Selepas kebakaran berjaya dikawal, anggota bomba mula membersihkan tempat kejadian pada petang Ahad.

Kebakaran gunung di Daerah Anze dipercayai berpunca akibat panahan petir, menurut siasatan. — BERNAMA

BERITA LAIN

Empat maut dalam insiden tanah runtuh di Antipolo

MANILA: Kejadian tanah runtuh di bandar Antipolo, timur Manila meragut empat nyawa setakat ini, menurut jurucakap Pejabat Pengurusan Pengurangan Risiko Bencana Bandar Antipolo, Relly Bernardo

Budak 5 tahun dijangkiti selesema burung

PHNOM PENH: Seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun dari Wilayah Takeo di selatan Kemboja disahkan dijangkiti selsema burung H5N1, menjadikan jumlah kes kepada tujuh sejak

Singapura benarkan 16 serangga dimakan

SINGAPURA: Agensi Makanan Singapura (SFA) pada Isnin telah meluluskan 16 spesies serangga untuk makanan manusia termasuk serangga tertentu seperti cengkerik, belalang juta, belalang, “mealworm”, ulat

BERITA TERBARU