ARTIKEL

HUJAN JATUH KE PASIR

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

Karya: AMERSARAWAK
SADONG JAYA.

“Salam… semua.

Ada tak sesiapa yang ada cadangan untuk kita mantapkan bahasa Arab di sekolah kita?” tanya cikgu Malik kepada cikgu bawah bidangnya.

Group WhatsApp Bahasa Arab yang dahulunya sendu tiba-tiba meriah seperti mercun tarian naga.

Masing-masing dari setiap guru menyuarakan pendapat masing-masing.

Akram yang masih lagi baru menyandang jawatan guru interim tak terlepas dari menyuarakan pendapat. 

“Baiklah semua, terima kasih atas respon yang diberikan.

Perkara ini saya akan bawa berbincang kepada pihak atasan untuk dinilai semula.

Jangan lupa minggu hadapan kita ada mesyuarat bidang,” sambung Cikgu Malik.

Memandangkan sekolah masih ditutup atas perintah kawalan pergerakan, semua guru hanya beroperasi dalam talian.

Setibanya hari mesyuarat, Amar segera membuka laptop lapuk yang digunanya ketika di universiti dahulu.

Seperti biasa mesyuarat dimulakan dengan bacaan doa dan taklimat ringkas pengetua.

Sekarang tiba giliran cikgu Malik menyuarakan pendapatnya memantapkan bahasa Arab seperti yang diminta.

Setelah semua pandangan dan buah fikiran dilontarkan, pengetua sekolah seakan-akan memahami. 

“Maaf semua, saya rasa semua cadangan yang dibentangkan, sudah dipraktikkan cikgu semua dulu, namun saya masih belum nampak lagi kesan memberansangkan.”:

“Beginilah, saya cadangkan Cikgu Malik bincang dahulu dengan Cikgu Akram aktiviti yang boleh dilaksanakan.

“Saya yakin Cikgu Akram kita walaupun masih Interim kita masih memerlukan idea segar beliau,” ulas pengetua.

“Cikgu Akram! Tolong buat kertas kerja dan modul untuk aktiviti kita, dan saya nak semua cikgu guna modul yang dibuat oleh cikgu Akram,” tambah pengetua.

Alangkah terkejutnya Akram, bagai kacang direbus.

Mana tidaknya, dia hanya darah setampuk pinang di sekolah tersebut, namun diberi kepercayaan begitu besar kepadanya.

Amar sedar tindakan pengetua sebenarnya ibarat limau masam sebelahnya kerana keputusan yang dibuatnya seolah merendahkan pandangan cikgu senior lebih-lebih lagi Cikgu Malik yang telah lama berkhidmat. 

“Saya nak perkara ini dibentangkan nanti dalam mesyuarat guru minggu depan. 

“Buat kertas kerja dan modul,” tambahnya lagi.

Akram mula gelisah bagai katak ditimpa kemarau.

Masa yang diberikan hanya tiga hari.

Sebagai guru baharu, Akram rasakan dirinya sudah mula diposisikan sebagai guru sebenar, tanpa dia menyedari sedang melangkah ular besar di sekolah itu. 

Pada petang itu juga, Akram mula bersengkang mata mencari idea, menyusun modul berdasarkan pengalaman cetek sebelumnya.

Sebelum keesokan hari, tiba-tiba Akram mendapat pesanan WhatsApp Cikgu Malik.

“Salam cikgu.

Tugasan yang pengetua bagi tempoh hari dah siap ke?

Saya minta Cikgu bentangkan, sebab saya tak tahu apa modul yang akan cikgu praktikkan,” tulis Cikgu Malik.

“Sudah cikgu, saya dah siapkan semua.

Sebentar lagi saya hantar modul dan kertas kerja pada cikgu,” balas Akram.

“Sekiranya ada kesilapan atau tambahan, cikgu boleh maklumkan pada saya untuk perbaiki.

Terima kasih banyak cikgu,” tambah Akram.

Cikgu Malik tidak membalas sebarang respons dan hanya meninggalkan bluetick tanda dia sudah menerimanya.

Hari yang mencemaskan hampir tiba.

Akram mula bergegas ke kawasan bandar yang memakan masa hampir satu jam untuk mencapai talian Internet yang baik.

Setiba di bandar, Akram membuka laptop dan bersedia untuk mesyuarat.

“Tanpa membuang masa, kita teruskan dengan bidang Bahasa Arab,” ujar Penolong Kanan Satu.

Akram mula membetulkan posisinya dan memulakan pembentangannya.

Belum selesai Cikgu Akram menyelesaikan muqaddimahnya, tiba- tiba salah seorang cikgu mencelah.

“Maaf Cikgu Akram, saya rasa perkara ini sepatutnya dibentangkan oleh Ketua Bidang dan di sini kita membincangkan perihal jadual waktu dan kalendar akademik.

“Saya rasa sekarang bukan masa sesuai membincangkan perkara tersebut,” ujarnya.

“Betul cikgu, tapi saya hanya membentang sesuai atas permintaan pengetua kita,” balas Akram.

“Cikgu, mohon cikgu selesaikan dalam dua minit, sebab kita nak teruskan dengan agenda lain,” tambah pengetua dengan nada kesal.

Betapa sedihnya Akram, bagai hujan jatuh ke pasir, seolah-olah titik peluh usahanya menyiapkan modul yang diminta tidak dihargai.

Akram meneruskan pembentangannya dengan penuh rasa sebak dan kecewa.

Terdengar suara gelak sindir dari Cikgu Malik seakan-akan tanda puas melihat Akram dipermalukan.

“Cikgu, kita sambung nanti je,” henti pengetua.

Air mata kecewa mula mengalir perlahan di pipinya.

Dirinya seakan-akan dipermainkan dan jadi bahan ejekan.

Mesyuarat tadi benar-benar memadam api semangatnya.

Akram terus menunggu panggilan pengetua dan Cikgu Malik berhubung modul dibuatnya, namun sehingga kini tiada sebarang berita.

LAIN-LAIN BERITA

Angpau merah

EIZA NASHWASegamat, JohorDarul Takzim DAUN-DAUN kering menari-nari ditiup angin. Zhi Yang hanya memerhati dari jendela. Raut wajah wanita separuh usia itu kelihatan resah. Dia seperti

Nukilan HAZIQ AHMAD ZAKI

Haziq Ahmad Zaki Mohamad Zulkipli merupakan penulis, deklamator dan aktivis teater istimewa. Berasal dari Kuching, Sarawak. Mendapat pendidikan sijil dan diploma di Kolej Agama Madrasah

Menjual kolera

CLAYTON ROBERT bertugas sebagai Pembantu Penguat Kuasa Majlis Daerah Serian di Serian, Sarawak.Karya beliau tersiar dalam pelbagai akhbar dan majalah termasuk Mingguan Malaysia, Berita Minggu,

Sanggar Puisi

MERSARAWAK 31 Julai 2023 Sadong Jaya, Sarawak Di muara kasih Aku masih di sini memintal buih di kuku senja menghapus bayangku sendiri kerana di sana

Lampu putih

KARYA: MARYAM MAZLAN KOTA TINGGI, JOHOR DARUL TAKZIM “MAI, kaulah yang pandu kereta, aku pening sangat ini. Nak buka mata pun tak larat rasanya.” Telapak

Silau kemarau

ABANG MEDIAN ABANG SAID SMK MARUDI, BARAM Silau kemarau mengelupas panas tanah merekah lembah kering terpokah dedaun kekuningan bergulungan layu tupai berdecit berlompatan mencari buah

BERITA TERBARU