Pembantu pergigian maut dalam nahas jalan raya

Hujan lebat berterusan, APM Betong tingkatkan pemantauan

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email
KAWASAN sekitar SK Ulu Roban yang ditenggalami air setinggi dua kaki.

ROBAN: Pemantauan di dua rumah panjang dan sebuah sekolah rendah sekitar Ulu Roban di sini ditingkatkan ekoran hujan lebat berterusan.

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Betong Leftenan Muda Desem Samuel berkata, sebahagian kawasan di sini mula dinaiki air setinggi dua kaki.

“Secara keseluruhan keadaan dilaporkan pada paras waspada dengan keadaan air sungai surut secara perlahan.

KAWASAN sekitar SK Ulu Roban yang ditenggalami air setinggi dua kaki.

“Ia membabitkan Sekolah Kebangsaan (SK) Ulu Roban, Rumah Panjang Sulau Jingkat dan Rumah Panjang Belayong,” katanya kepada media, hari ini.

Jelasnya, kesemua kawasan tersebut berisiko dilanda banjir kilat melihat kepada paras air yang semakin meningkat dan faktor hujan lebat berterusan sejak semalam.

“Untuk lebih terperinci, air di SK Ulu Roban dan Rumah Panjang Sulau Jingkat melepasi paras dua kaki.

JALAN ke Ulu Roban yang dilimpahi air.

“Sementara keadaan di jalan Rumah Panjang Belayong setinggi satu setengah kaki.

“Kita memantau secara berterusan memandangkan cuaca masih hujan yang dibimbangi akan mengakibatkan air menaik,” ujarnya.

Untuk rekod SK Ulu Roban mempunyai 26 murid di asrama dengan empat kakitangan sekolah.

Sementara Rumah Panjang Jingkat Ulu dan Belayong masing-masing mempunyai 125 dan 252 penghuni.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

27 Mac 2023

Berita Terbaru