ARTIKEL

Datuk Abdul Rahman Junaidi dan Hilmy menyempurnakan Perhimpunan Khas DBKU 2024 di Pangkalan Sapi, Petra Jaya, di sini, hari ini.

Hujan lebat melebihi taburan normal punca banjir kilat sekitar Kuching

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Banjir kilat yang melanda beberapa kawasan di bandar raya Kuching pada Ahad lalu adalah disebabkan hujat lebat luar biasa yang melebihi taburan normal serta berlaku untuk tempoh lama.

Menurut Datuk Bandar Kuching Utara (DBKU), Hilmy Othman, hujan lebat yang berlaku dari jam 6 sehingga 11 pagi itu itu mencatat kadar intensiti melebihi kadar normal menyebabkan berlaku limpahan air.

“Sebenarnya sistem perparitan di kawasan pusat bandar raya Kuching sudah dinaik taraf dan mampu menampung hujan bawah 100 milimeter (mm). Namun hujan yang melanda pada Ahad lalu terlalu lebat sehingga 150 mm.

“Ia juga berlaku dalam tempoh agak lama menyebabkan sistem perparitan tidak mampu menampung dan berlakunya limpahan air di kawasan rendah terutamanya di Jalan Masjid, Padang Pasir, sekitar Hospital Umum Sarawak dan lain-lain,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas Perhimpunan Khas DBKU 2024 bersama Menteri DBKU Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi di Pangkalan Sapi, Petra Jaya, di sini, hari ini.

Baca lain  Sarawak sebagai peneraju tenaga boleh diperbaharui di Asia

Tambahnya, bagi kejadian banjir kilat yang berlaku sekitar Padang Pasir dan Jalan Masjid, pihaknya telah mengambil langkah segera menyelenggara sistem ‘storm water’ berhampiran Limbungan Brooke berdepan Masjid Bahagian Kuching.

“Sebaik sistem itu dibaiki, banjir kilat di beberapa kawasan di pusat bandar raya mulai surut dan ini menunjukkan sistem perparitan kita berfungsi dengan baik.

“Manakala bagi kejadian banjir di sekitar Metro City, Matang Jaya pula, ia berikutan projek penyelenggaraan sistem perparitan dari kawasan komersil itu ke bulatan pasar raya e-Mart. Projek berkenaan dijangka siap hujung bulan ini,” ujarnya.

Sementara mengulas mengenai langkah penyelesaian jangka panjang, beliau menegaskan sejumlah RM150 juta diperuntukkan kerajaan Sarawak melalui Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) untuk pelaksanaan program tebatan banjir.

“Ini melibatkan beberapa lokasi antaranya Taman Sejoli dan Taman Murni yang baru-baru ini dilanda banjir kilat. Selain akan memulakan projek tebatan banjir bagi kawasan HUS.

“Ia adalah inisiatif kerajaan untuk menangani isu banjir kilat di kawasan seliaan DBKU termasuk Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS),” jelasnya.

Baca lain  Jambatan Sg. Tabuan dibaik pulih

Ujarnya, beberapa kawasan lagi masih dalam penelitian antaranya di Hotel Merdeka Palace dan Padang Merdeka yang mengalami masalah banjir kilat berlarutan.

Untuk rekod, Ahli Parlimen Bandar Kuching Dr Kelvin Yii pada tahun lalu menggesa agar projek dikenali sebagai Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sungai Sarawak itu meliputi sembilan lokasi dan termasuk menaik taraf perparitan di lima lokasi itu dilaksanakan segera.

Pembinaan fizikal projek tersebut sepatutnya dimulakan pada tahun 2021 dan mengamibil masa empat tahun untuk disiapkan. Projek ini termasuk menaik taraf sistem perparitan di HUS, kuarters kerajaan di Batu Lintang, SK Muara Tuang, Samarahan dan Lebuh Raya Kuching-Samarahan selain pelan mitigasi banjir di Sungai Gersik dan Sungai Sinjan serta pembinaan tambak sungai dari Kampung Sungai Bedil dan Kampung Lintang.

BERITA LAIN

Bacaan IPU Sarawak baik, sederhana

KUCHING: Indeks Pencemaran Udara (IPU) di seluruh Sarawak menunjukkan bacaan baik dan sederhana serta tiada bacaan tidak sihat direkodkan susulan letusan Gunung Ruang di Sulawesi

Adun Repok lawat dua pesakit warga emas

SARIKEI: Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Datuk Seri Huang Tiong Sii melawat dua warga emas yang terlantar sakit di kediaman mereka, pada Khamis.

Pesta Beras Adan 2024 di Ba’Kelalan

LAWAS: Ba’Kelalan mempunyai potensi besar untuk dipasarkan dan dipromosikan sebagai destinasi pelancongan ekologi. Yang Dipertua Dewan Negara, Senator Datuk Mutang Tagal berkata demikian susulan pelbagai

BERITA TERBARU

Bacaan IPU Sarawak baik, sederhana

KUCHING: Indeks Pencemaran Udara (IPU) di seluruh Sarawak menunjukkan bacaan baik dan sederhana serta tiada bacaan tidak sihat direkodkan susulan letusan Gunung Ruang di Sulawesi