ARTIKEL

Kanak-kanak meredah banjir dengan menunggang basikal ekoran hujan lebat di Sanaa, Yaman pada 4 Jun, 2020. | Foto Xinhua

Hujan lebat ragut empat nyawa, jejas ribuan pelarian di Yaman

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

ADEN, Yaman: Hujan lebat dan banjir telah mengorbankan empat mangsa di Yaman dan menjejaskan lebih 3,000 keluarga yang menjadi pelarian di negara sendiri, kata pegawai semalam.

Pihak berkuasa kesihatan Yaman di wilayah Hadramout melaporkan empat individu maut apabila kenderaan mereka dihanyutkan arus deras di Lembah Ayeen.

Kawasan itu telah mengalami hujan lebat berterusan selama lima hari, sehingga menyebabkan kerosakan besar kepada harta benda dan infrastruktur, kata Xinhua.

Unit eksekutif untuk kem pelarian dalaman menyatakan bahawa cuaca ekstrem telah memberi kesan kepada ribuan keluarga di beberapa wilayah.

Satu kenyataan di laman web rasmi unit itu memperincikan kemusnahan tempat pelindungan dan kerugian material akibat banjir.

Sumber kerajaan menyatakan bahawa penurunan atmosfera di wilayah Hadramout, Dhalea, Jawf, Shabwa dan Abyan telah menyebabkan banjir teruk, dan kem untuk orang yang dipindahkan mengalami kerosakan besar.

Konflik berterusan di Yaman, yang sudah berlangsung selama sembilan tahun, telah melemahkan keupayaan kerajaan untuk bertindak balas terhadap kecemasan berkaitan dengan iklim itu, seterusnya menimbulkan kebimbangan mengenai potensi kecederaan dan kemusnahan selanjutnya. — BERNAMA-XINHUA

BERITA LAIN

BERITA TERBARU