ARTIKEL

Hujan lebat menyebabkan jalan di sekitar Kuching basah dan licin, dengan penunggang motosikal terpaksa memperlahankan kenderaan petang tadi. Foto | Ghazali Bujang

Hujan lebat, ribut petir landa Kuching

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Hujan lebat dan ribut petir yang melanda Kuching petang ini menyebabkan beberapa laluan terjejas susulan kejadian pokok dan kabel tumbang.

Antara lokasi terjejas ialah laluan Jalan Astana menghala ke Kompleks Mahkamah Kuching apabila sebatang pokok dilaporkan tumbang dan menghalang laluan pengguna jalan raya.

Foto | Ghazali Bujang

Selain itu, tiang kabel turut dilaporkan tumbang di laluan dari Bulatan Kipali menuju Gita sekali gus menjejaskan kelancaran lalu lintas di kawasan berkenaan.

Keadaan itu berlaku ketika Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat bagi beberapa kawasan di Sarawak sehingga jam 6 petang hari ini.

Orang ramai memakai baju hujan ketika meredah hujan lebat di sekitar pusat bandar Kuching petang tadi. Foto | Ghazali Bujang

Menurut amaran yang dikeluarkan pada jam 2 petang, kawasan terbabit termasuk Bintulu (Tatau), Sarikei (Julau dan Pakan), Mukah (Daro dan Matu), Sri Aman, Samarahan (Simunjan) serta Kuching (Lundu).

Dalam pada itu, hujan yang melanda Kuching hari ini memberi sedikit kelegaan selepas Sarawak dilanda jerebu sejak penghujung Julai lalu, dengan beberapa kawasan sebelum ini merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap tidak sihat.

Foto | Ghazali Bujang

Bagaimanapun, kualiti udara di Kuching masih berada pada tahap tidak sihat setakat jam 6 petang dengan bacaan IPU 163.

Keadaan jerebu di Sarawak sebelum ini turut bertambah buruk apabila IPD Serian merekodkan bacaan IPU melebihi 200, iaitu pada tahap sangat tidak sihat, pada 12 Ogos lalu.

Orang ramai, khususnya pengguna jalan raya, dinasihatkan supaya berhati-hati ketika melalui kawasan terjejas berikutan keadaan jalan yang mungkin licin serta risiko pokok atau objek tumbang.

Pengguna jalan raya juga disaran mengelakkan laluan yang terhalang dan tidak menghampiri pokok tumbang atau kabel yang menghalang laluan bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini.

BERITA LAIN

RM1.272 bilion perkukuh bekalan air di Sarawak

KUCHING: Enam projek bekalan air di Sarawak bernilai keseluruhan RM1.272 bilion akan diteruskan menerusi Pelan Pelaksanaan Berkala Pertama Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi meningkatkan akses

BERITA TERBARU

RM1.272 bilion perkukuh bekalan air di Sarawak

KUCHING: Enam projek bekalan air di Sarawak bernilai keseluruhan RM1.272 bilion akan diteruskan menerusi Pelan Pelaksanaan Berkala Pertama Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi meningkatkan akses

Polis tahan empat suspek kes khianat simbah cat

MIRI: Gara-gara tuntutan hutang pinjaman wang dalam talian yang dipercayai dibuat oleh anak lelakinya, seorang bapa berusia 54 tahun menerima ugutan sebelum kediamannya di sebuah