ARTIKEL

Rentap (tengah) melancarkan Fun Ride sejauh 30km pada Program Jelajah Fit Malaysia peringkat Sarawak, di Kuching, hari ini.

Hujan lebat tidak halang 8,000 sertai Program Fit Malaysia

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Lebih 8,000 peserta pelbagai peringkat usia membanjiri Kompleks Belia dan Sukan Sarawak, di sini, bagi menyertai Program Jelajah Fit Malaysia walaupun dalam keadaan hujan lebat.

Program sehari yang bermula seawal jam 7 pagi anjuran Kementerian Belia dan Sukan itu menyaksikan mereka yang hadir menyertai pelbagai aktiviti antaranya Fun Ride, Fun Run dan Family Walk.

Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan (MYSED), Datuk Gerald Rentap Jabu berkata, beliau sangat gembira melihat jumlah penyertaan yang begitu ramai walaupun dalam keadaan cuaca tidak mengizinkan.

“Program Fit Malaysia ini telah bermula pada tahun 2017, namun ia terpaksa ditangguhkan beberapa tahun semasa penularan pandemik COVID-19.

“Tetapi hari ini ia diteruskan semula dengan matlamat untuk memupuk budaya bersukan dalam kalangan masyarakat dan mengeratkan hubungan silaturahim antara mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas menyempurnakan Program Jelajah Fit Malaysia Peringkat Sarawak, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata pihaknya akan terus menyokong program seumpama itu bagi menggalakkan orang ramai untuk kekal cergas dan mengamalkan gaya hidup sihat.

Terdahulu, beliau melepaskan acara Fun Ride sejauh 30km, Fun Ride 10km, Fun Run 5km dan Family Walk 3km.

Selain itu, aktiviti dan pertandingan lain yang diadakan termasuk persembahan lompat tali, persembahan aerobikton, aerobik massa, pertandingan lompat tali, aerobathon, cergas kuat, gusti lengan, klinik kecergasan, cabaran kecergasan, eksplorasi kecergasan, bola keranjang 3 lawan 3, urut sukan, dan banyak lagi.

Hadir sama, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Sarawak Lamat Nyalau.

BERITA LAIN

Tingkatkan kesedaran bayar balik pinjaman

MUKAH: Perbadanan Pembangunan Perumahan (HDC) mendedahkan sebanyak RM477,189 jumlah tunggakan bayaran balik Skim Pinjaman Rumah Panjang direkodkan di Bahagian Mukah sehingga Julai 2024. Pengerusinya Abdul

Tawan Bung Muan pada Hari Sarawak

BAU: Tidak mensia-siakan cuti umum sempena sambutan Hari Sarawak ke-61 hari ini, kira-kira 500 penduduk dari sekitar daerah ini mengambil peluang mencabar diri ‘menawan’ puncak

Pendapatan isi rumah di Sarawak RM4,978

BINTULU: Kerajaan Sarawak kini sedang menumpukan usaha untuk meningkatkan lagi penengah pendapatan isi rumah di negeri itu, kata Premier Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Sarawak hanya mahu hak yang sedia ada

BINTULU: Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menegaskan bahawa Sarawak tidak berniat untuk menjatuhkan mana-mana entiti nasional seperti yang cuba ditularkan oleh

BERITA TERBARU

Tingkatkan kesedaran bayar balik pinjaman

MUKAH: Perbadanan Pembangunan Perumahan (HDC) mendedahkan sebanyak RM477,189 jumlah tunggakan bayaran balik Skim Pinjaman Rumah Panjang direkodkan di Bahagian Mukah sehingga Julai 2024. Pengerusinya Abdul

Anak beranak maut kemalangan rempuh lampu jalan

KUANTAN: Seorang bapa dan anak lelakinya maut apabila motosikal mereka terbabas dan melanggar lampu jalan di KM18 Jalan Jerantut-Temerloh berhampiran simpang Bukit Ketupat, malam tadi.

91 murid keracunan makanan, tiada kes kritikal

KOTA KINABALU: Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS) Datuk Raisin Saidin mengesahkan berlaku kes keracunan makanan melibatkan 91 murid Sekolah Kebangsaan (SK) Pulau Gaya semalam.