ARTIKEL

Hujan turun, harga ikan sayur naik

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Kenaikan sedikit harga sayur dan ikan ketika musim hujan masih pada harga yang berpatutan. Tinjauan Suara Sarawak di pasar basah dan pasar sayur di Medan Niaga Satok semalam mendapati terdapat sedikit kenaikan harga bagi sayur dan ikan yang dijual ekoran musim hujan.

Berdasarkan tinjauan juga mendapati, keadaan pasar basah dan pasar sayur pagi semalam sibuk dengan kunjungan pengguna membeli bahan mentah dan sayursayuran di sini.

Harga sayur seperti daun ubi dijual pada harga RM1 seikat dan sayur daun pada harga RM2 seikat. Menurut penjual sayur, Sofia, 23, bekalan sayurnya tidak menentu kerana ada harinya bekalannya bertambah tetapi ada ketika bekalan sayur kurang.

“Semasa musim hujan juga sama, bekalannya tidak menentu,” kata Sofia. Ujarnya, dia juga ada menanam sendiri sayur yang dijual selain turut mengambil daripada pembekal untuk bekalan sayurnya. “Harga sayur juga ada naik sedikit tetapi masih berpatutanlah,” tambahnya ketika ditemui semalam berhubung harga sayur dan bekalan yang diperoleh ketika musim hujan.

Foto. MOHD ALIF NONI
Foto. MOHD ALIF NONI

Selain itu, tinjauan Suara Sarawak mendapati harga ikan biasa seperti ikan bawal hitam dijual sekitar RM26 sekilogram (kg), ikan kembung RM22 per kg dan ikan merah RM34 per kg – harga itu juga dilihat masih berpatutan meski terdapat sedikit kenaikan. Suara Sarawak juga mendapati, rata-rata peniaga ikan terubuk masin menjual ikan tersebut pada harga yang lebih kurang sama sekitar RM10 ke RM35 mengikut saiz dan jumlah ikan.

Misalnya, ikan terubuk masin tempatan dijual RM35 seekor oleh peniaganya, Yadi Morni, 40, yang berniaga selama lebih 20 tahun di sini. Menurut Yadi, harga ikan terubok masin dari dahulu sehingga kini masih sama meskipun terdapat sedikit peningkatan harga ketika musim hujan ini.

Foto. MOHD ALIF NONI

“Ikan ada naik sedikitlah pada musim hujan ini. Tetapi kenaikan itu masih pada harga berpatutan,” ujarnya. Tambahnya, bekalan ikan terubok masin buat masa ini masih mencukupi tetapi ia bergantung kepada cuaca. “Buat masa ini bolehlah tetapi bergantung keadaan cuaca juga, kalau cuaca tidak mengizinkan, tiada yang akan turun ke laut untuk mengambil ikan.

“Saya turut menerima daripada pembekal juga tetapi kadang-kadang tidak mencukupi. “Jadi saya sendiri perlu turun ke laut supaya bekalan ikan cukup,” jelasnya. Dia berkata, pengunjung dari Semenanjung Malaysia selalu datang untuk membeli ikan terubok masin di kedainya.

“Sekurang-kurangnya mereka akan membeli dalam RM10, RM20 untuk dijadikan buah tangan pulang ke Semenanjung. “Sekarang masih ada yang datang untuk membeli ikan terubuk masin tetapi mengikut perlu SOP,” katanya lagi.

 

BERITA LAIN

Dua saspek curi motosikal berjaya dicekup

MIRI: Seorang lelaki tempatan dan warganegara Indonesia yang terlibat dalam kes curi motosikal berjaya ditangkap oleh pasukan Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD)

Tujuh lelaki ditangkap terlibat sabung ayam

MIRI: Tujuh lelaki berjaya ditangkap dalam serbuan sabung ayam di kawasan Kampung Bersatu, di sini, baru-baru ini. Ketua Polis Daerah Miri Asisten Komisioner Alexson Naga

BERITA TERBARU

Dua saspek curi motosikal berjaya dicekup

MIRI: Seorang lelaki tempatan dan warganegara Indonesia yang terlibat dalam kes curi motosikal berjaya ditangkap oleh pasukan Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD)

Pelakon veteran, Kamal Bakar meninggal dunia

KUALA LUMPUR: Pelakon veteran Kamaruldzaman Bakar atau lebih dikenali Kamal Bakar meninggal dunia di Hospital Melaka awal pagi ini. Pemergian pelakon itu pada usia 62

Awas cuaca panas, jerebu

BARU-BARU ini, kita dikejutkan dengan insiden strok haba dan demam yang melibatkan kanakkanak. Ia disebabkan keadaan cuaca panas atau fenomena El Nino yang turut dipengaruhi

Tujuh lelaki ditangkap terlibat sabung ayam

MIRI: Tujuh lelaki berjaya ditangkap dalam serbuan sabung ayam di kawasan Kampung Bersatu, di sini, baru-baru ini. Ketua Polis Daerah Miri Asisten Komisioner Alexson Naga