ARTIKEL

AMARAN… penumpuan angin dijangka berlaku di Malaysia Timur sehingga Rabu depan.

Hujan waspada lebih enam jam di Sibu, Mukah dan Bintulu hingga Isnin

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada dijangka berlaku di beberapa kawasan di Sarawak.

Ketua Pengarah Muhammad Helmi Abdullah berkata, amaran itu dikeluarkan susulan hujan lebat dijangka berlaku melebihi tempoh enam jam dalam tempoh Ahad, 4 hingga Isnin, 5 Febuari.

“Ia melibatkan Bahagian Sibu (Sibu dan Selangau); Mukah (Daro, Matu, Dalat dan Mukah) dan Bintulu.

“Selain itu, keadaan tersebut juga dijangka melibatkan kawasan Miri dan Limbang sehingga Ahad,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Sementara dalam kenyataan berasingan katanya, penumpuan angin dijangka berlaku di Sabah dan Sarawak sehingga 7 Febuari, Rabu depan.

“Ramalan signifikan ini adalah berdasarkan model-model cuaca. Keadaan tersebut boleh menyebabkan peningkatan kelembapan yang berpotensi membawa hujan berterusan di kedua-dua negeri tersebut sehingga 7 Februari ini.

“Orang awam dinasihatkan untuk sentiasa merujuk laman web www.met.gov.my dan media sosial rasmi MET Malaysia serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat yang terkini dan sahih,” katanya lagi.

BERITA LAIN

Hina Premier Sarawak, tiga Setiausaha lapor polis

KUCHING: Tiga Setiausaha kepada Premier Sarawak bertindak membuat laporan polis berhubung kes dipercayai menfitnah Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg oleh

BERITA TERBARU

Hina Premier Sarawak, tiga Setiausaha lapor polis

KUCHING: Tiga Setiausaha kepada Premier Sarawak bertindak membuat laporan polis berhubung kes dipercayai menfitnah Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg oleh