ARTIKEL

Hukum berat selamatkan anak didera

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KISAH pengasas Rumah Bonda yang menganiaya remaja bernama Bella harus dijadikan pengajaran kepada semua.

Memetik kata Hakim Izralizam Sanusi yang menjatuhkan hukuman, balasan yang diterima Siti Bainun menggambarkan keseriusan kesalahan yang dilakukannya.

Sekali gus ini menunjukkan kepada orang awam khususnya ibu bapa, penjaga dan pengasuh kanak-kanak agar tidak mengambil ringan keselamatan dan kebajikan kanak-kanak.

Beberapa hari lalu, Mahkamah Sesyen menjatuhkan hukuman penjara berjumlah 22 tahun terhadap Siti Bainun selepas didapati bersalah atas dua pertuduhan mengabai dan menganiaya remaja perempuan sindrom down.

Penjara 10 tahun bagi kesalahan mengabai dan 12 tahun penjara untuk pertuduhan menganiaya.

Bagaimanapun, Siti Bainun hanya perlu menjalani hukuman penjara 12 tahun selepas hukuman itu diperintah berjalan serentak.

Mahkamah juga memerintahkan tertuduh menandatangani bon berkelakuan baik dalam tempoh lima tahun dengan seorang penjamin warganegara tempatan, berserta cagaran RM5,000.

Siti Bainun juga diarah melaksanakan khidmat masyarakat selama 200 jam yang perlu disempurnakan dalam tempoh enam bulan selepas tamat hukuman penjara.

MENGANIAYA

Daripada fakta kes, Siti Bainun didakwa mengabai dan menganiaya Bella yang berusia 13 tahun sehingga menyebabkannya mengalami kecederaan fizikal serta emosi di sebuah unit kondominium di Wangsa Maju antara Februari dan Jun 2021.

Pertuduhan di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 jika sabit kesalahan, membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya.

Perbuatan mengabai dan menganiaya merupakan satu kesalahan serius.

Justeru, tegas Izralizam faktor kepentingan awam perlu ditekankan dan didapati kecederaan yang dialami Bella merupakan kecederaan serius malah sehingga kini, ia meninggalkan parut.

Beliau menegaskan tindakan yang dilakukan Siti Bainun terhadap Bella adalah kejam.

Maka, hukuman berat ini bagi memberi pengajaran bukan sahaja kepada pesalah, malah masyarakat bahawa kesalahan jenayah seperti ini tidak boleh dilakukan sama sekali.

Masyarakat secara keseluruhan harus mengambil iktibar agar tidak sesekali melakukan penganiayaan atau penderaan terhadap kanakkanak, lebih-lebih lagi terhadap orang kelainan upaya (OKU).

Mungkin kadang-kadang individu yang tidak berhati perut hanyut dalam kemodenan serta kecanggihan teknologi.

Apa tidaknya, tingkah lakunya tidak mencerminkan sikap sebenar seorang manusia.

Hidup pada zaman bertamadun sepatutnya nilai moral masyarakat semakin baik dan positif, tetapi malangnya masih ada lagi manusia yang kejam.

Menindas orang lain yang tidak berupaya.

AWASI KES PENDERAAN

Data daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) mendedahkan pada 2022, direkodkan 6,770 kes penderaan kanak-kanak di seluruh negara.

Penderaan seksual mencatatkan 1,168 kes.

Penderaan fizikal merekodkan 1,306 kes. Penderaan emosi sekitar 128 kes.

Sebenarnya penderaan kanak-kanak bukan isu asing di Malaysia.

Difahamkan lebih 1,000 kes dicatatkan setiap tahun dan lebih 5,000 kes pada 2020 ketika negara dilanda penularan Covid-19.

Maknanya terdapat peningkatan dari tahun ke tahun jumlah kes penderaan.

Yakni, ada yang mendakwa semakin kritikal.

Tuntasnya ini salah siapa?

Jika diteliti pandangan pakar dan hasil kajian ia disumbangkan oleh banyak faktor.

Pakar Psikologi Kanak-Kanak dari Universiti SEGi Profesor Datin Dr Mariani Md Nor seperti dipetik Awani (28 Mac 2023) menyatakan ekosistem yang kian berubah ketika ini antara punca peningkatan kes penderaan terhadap kanakkanak.

Ia termasuk perubahan persekitaran infrastruktur, status sosioekonomi dan geoekonomi sehingga kes penderaan kanak-kanak berlaku dalam semua lapisan masyarkat.

Kos sara hidup memainkan peranan penting kerana ia menjamin salah satu perkara termasuk kebahagiaan dan keselesaan rumah tangga.

Jika kesempitan wang, pastinya emosi tidak stabil.

Yang menjadi kebimbangan utama adalah penderaan terhadap kanak-kanak ini bakal memberikan kesan jangka pendek dan panjang terhadap golongan itu.

NATIJAH Pandangan Pensyarah Kanan Fakulti Sains Gunaan dan Kemanusiaan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) Dr Mohd Shahidan Shaari dalam tulisannya di portal Malaysia Gazette menyatakan, kesan penderaan kanak-kanak sangat buruk dan bersifat jangka panjang.

Kanak-kanak atau remaja yang didera mengalami tekanan emosi.

Dan akhirnya ia mempengaruhi tumpuan mereka dalam pembelajaran.

Terdapat kajian menunjukkan 13 peratus kanak-kanak yang didera lebih cenderung gagal menamatkan pengajian mereka di sekolah.

KESAN KEPADA TINGKAH LAKU

Daripada ceria dan mudah terhibur, mangsa cenderung untuk menyendiri disebabkan trauma dan takut bergaul dengan orang lain.

Mereka kurang yakin pada diri sendiri.

Tambahan kajian mendapati bahawa kanak-kanak yang didera lebih berisiko untuk mengalami beberapa masalah kesihatan dalam jangka masa panjang seperti serangan jantung, tekanan darah tinggi, kegagalan paru-paru dan sebagainya.

Terdapat dakwaan penderaan mendorong kanakkanak terikut-ikut aktiviti sosial tidak sihat seperti pengambilan dadah, membuli dan mencuri. Malah banyak lagi kesan lain seperti yang dialami Bella.

APA NAK BUAT?

Kita sebagai ibu bapa atau penjaga merupakan orang yang terdekat dengan anakanak.

Ini kerana penderaan sering dikaitkan dengan ibu bapa atau penjaga.

Dalam kes Bella, melibatkan penjaga di pusat jagaan.

Sebenarnya tiada beza, sama ada di rumah atau pusat jagaan apabila kita menganggap anak-anak itu sebagai amanah dan bukannya beban.

Walaupun betul ada isu kekeluargaan misalnya perceraian, ekonomi dan sebagainya… anak-anak bukan tempat melampias segala ketidakpuasan hati.

Pada masa yang sama, pemimpin sama ada politik, komuniti, institusi agama turun ke lapangan mengambil peduli tekanan yang dihadapi rakyat.

Pemerkasaan penguatkuasan undangundang yang sewajar kepada individu yang melakukan penderaan kepada kanakkanak mesti dilaksanakan dengan sewajarnya.

Maka, mereka yang bersalah seharusnya dijatuhkan hukuman yang berat untuk mengingatkan masyarakat tentang akibat seseorang melakukan jenayah penderaan.

Misalnya di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Pindaan terhadap hukuman jenayah itu diluluskan di Parlimen dengan memperuntukkan hukuman yang lebih berat.

Hukuman penjara 10 tahun yang diperuntukkan sebelum ini ditambah ke 20 tahun, manakala hukuman denda pula dinaikkan daripada RM10,000 kepada RM50,000.

Pindaan itu menunjukkan hasrat Parlimen dan undangundang memastikan hukuman berat diberikan untuk pesalah yang melakukan kesalahan berkenaan.

Begitu juga penggemblengan kepakaran, sumber daripada semua sektor baik kerajaan mahupun swasta pasti akan mendatangkan impak yang besar kepada masalah penderaan kanakkanak yang menjadikan ancaman nyawa kepada generasi muda negara.

Ingat, kanak-kanak berhak mendapat pelindungan dan penghormatan.

Ayuh rakyat Malaysia, salurkan setiap salah laku melibatkan penderaan agar ia dapat terus dibendung.

Dan paling penting, tanam dalam jiwa dan hati sanubari bahawa anak-anak adalah anugerah berharga yang harus dijaga dengan penuh amanah.

BERITA LAIN

Awas cuaca panas, jerebu

BARU-BARU ini, kita dikejutkan dengan insiden strok haba dan demam yang melibatkan kanakkanak. Ia disebabkan keadaan cuaca panas atau fenomena El Nino yang turut dipengaruhi

Teknik eratkan hubungan keluarga

SIKAP SEDERHANA keluarga adalah suatu cara hidup yang mendasarkan diri pada prinsip kesederhanaan, kecukupan dan keutamaan dalam setiap aspek. Pendekatan ini dapat mengeratkan hubungan ahli

Pakai kasut tumit tinggi

“Saya rajin membaca artikel berkaitan pentas peragaan di Internet dan kerap menonton pertunjukan fesyen menerusi pelbagai program ratu cantik,” ujarnya. Selain itu, pada 2019 dan

Pentas peragaan sentuhan Syafiq Kay

AKSI, kecekapan dan keanggunan pentas peragaan penting untuk menyerlahkan ratu cantik. Jurulatih pentas peragaan Sarawak, Shafi k Kay menyertai bidang peragaan dan kecantikan ratu cantik

BERITA TERBARU