ARTIKEL

Kesemua perayu dibawa keluar dari Mahkamah Persekutuan menuju ke bilik tahanan sementara.

Hukuman mati empat lelaki bunuh seorang wanita dikekalkan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Panel tiga hakim Mahkamah Persekutuan hari ini mengekalkan hukuman mati ke atas empat orang lelaki tempatan kerana membunuh seorang wanita berusia 32 tahun, 16 tahun lalu.

Panel tiga hakim yang terdiri daripada Tan Sri Abang Iskandar Abang Hashim, Tan Sri Abdul Rahman Sebli dan Datuk Mary Lim Thiam Suan sebulat suara menolak permohonan semakan semula hukuman mati untuk digantikan kepada hukuman penjara oleh empat perayu iaitu Goh Wee Kian, Farose Tamure Mohamad Khan, Abdul Hadi Sabeni dan Saidina Sabeni.

Ini kali pertama Mahkamah Persekutuan bagi kes pembunuhan di Sarawak menolak permohonan semakan semula hukuman mati selepas Akta Semakan Hukuman Mati dan Pemenjaraan Sepanjang Hayat (Bidang Kuasa Sementara Mahkamah Persekutuan) 2023 (Akta 847) berkuat kuasa tahun lalu.

Pada 1 Mei 2010, Mahkamah Tinggi Kuching mendapati kesemua perayu bersalah dan menjatuhkan hukuman mati kerana membunuh mangsa wanita di tempat letak kereta hadapan sebuah pusat hiburan sekitar jam 1.30 pagi, 9 Ogos 2007.

Keempat-empat mereka didakwa di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibacakan bersama Seksyen 34 Kanun yang sama.

BERITA LAIN

Dua bot ditahan langgar syarat sah lesen

TANJUNG MANIS: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Tanjung Manis menahan dua bot tempatan selepas disyaki melanggar syarat sah lesen dalam satu operasi,

Tiga buruh ditahan positif dadah

MUKAH: Polis Mukah terus membendung aktiviti penyalahgunaan dadah dengan tangkapan tiga lagi lelaki tempatan dalam satu operasi di Jalan Selangau Mukah, semalam. Ketua Polis Daerah

BERITA TERBARU

Dua bot ditahan langgar syarat sah lesen

TANJUNG MANIS: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Tanjung Manis menahan dua bot tempatan selepas disyaki melanggar syarat sah lesen dalam satu operasi,