ARTIKEL

Foto Bernama

Hukuman sebat di khalayak ramai perlu kajian menyeluruh

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Hukuman sebat bagi pesalah syariah di khalayak ramai adalah di bawah bidang kuasa negeri, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar.

Bagaimanapun, beliau berkata sebelum hukuman seperti itu dilaksanakan, kajian menyeluruh melibatkan pelbagai agensi perlu dilakukan.

Katanya ia perlu mengambil kira semua aspek berkaitan termasuk definisi khalayak dan falsafah hukuman yang bertujuan mengimbangi antara tujuan mendidik dan menjaga maruah pesalah yang menjalani hukuman.

“Di bawah Perlembagaan Persekutuan, agama Islam berada di bawah bidang kuasa negeri termasuklah urusan perundangan dan kehakiman, itu mutlak kuasa Sultan dan negeri.

“Dalam konteks Enakmen jenayah syariah di Terengganu memang diperuntukkan kesalahan-kesalahan syariah ini antara hukumannya yang kita sedia maklum tiga tahun penjara, denda RM5,000 dan enam kali sebatan iaitu maksimum bagi mahkamah negeri,” katanya.

Kelmarin Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Dakwah dan Pemerkasaan Syariah Terengganu Dr Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata kerajaan negeri sedang mempertimbangkan cadangan pelaksanaan hukuman sebat bagi kesalahan syariah di khalayak sebagai usaha memperkasa pelaksanaan undang-undang syariah Islam di negeri itu.

Mohd Na’im berkata di peringkat Persekutuan, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia telah mengeluarkan prosedur operasi standard (SOP) bagi kaedah sebatan.– BERNAMA

BERITA LAIN

Polis buru lelaki curi wang OKU

PADAWAN: Polis sedang memburu lelaki yang disyaki mengeluarkan sejumlah wang milik seorang lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) dari bank tanpa pengetahuan mangsa. Ketua Polis Daerah

BERITA TERBARU