Trending

Hulur bantuan, ringankan kos sara hidup

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

KUCHING: Lebih ramai individu dan badan bukan kerajaan (NGO) digalakkan tampil ke hadapan untuk membantu menyumbang barangan keperluan khususnya makanan asas untuk golongan memerlukan.

Ketua Wanita Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Kho Teck Wan berkata, memandangkan kos sara hidup yang semakin tinggi sekarang, sumbangan yang dihulurkan oleh golongan yang mampu sudah pasti akan membantu meringankan beban mereka yang terkesan.

“Dulu dengan RM100 anda boleh membeli banyak barang di pasar raya. Tetapi kini keadaan sudah berubah, nilai RM100 sudah tidak lagi mencukupi.

“Justeru, saya ingin menzahirkan penghargaan kepada Majlis Tindakan Pengguna Negara (MTPN), Everrise, Harmas Setia Automotif Sdn Bhd dan Food Bank Malaysia kerana bekerjasama menyumbangkan makanan kepada mereka yang memerlukan,” katanya.

Terdahulu, Kho mewakili Timbalan Premier Datuk Seri Dr Sim Kui Hian merasmikan program MTPN Food Bank Malaysia sempena Sambutan Ulang Tahun Ke-60 Sarawak Merdeka di Tebingan Sungai Batu Kawah di sini, hari ini.

Sementara itu, Pengerusi MTPN Cawangan Sarawak Wynson Ong berkata, program yang dianjurkan memberi manfaat kepada 150 penduduk kampung di kawasan Batu Kawah.

“Program ini dilaksanakan sebagai satu inisiatif MTPN untuk menolong rakyat Sarawak sempena ulang tahun ke-60 kemerdekaan Sarawak iaitu Hari Sarawak tahun 2023.

“Selain itu, program ini dilaksanakan mengikut musim perayaan yang disambut di Malaysia. Ia melambangkan perpaduan dalam Sarawak yang mempunyai pelbagai kaum dan etnik.

“Hari Sarawak memberikan peluang kepada kita untuk menghargai keindahan warisan, budaya, dan kemajuan negeri ini, serta sumbangan luar biasa yang telah dilaksanakan oleh pemimpin dan masyarakat kita,” ujarnya.

Beliau dalam pada itu menyeru masyarakat untuk sentiasa menjaga dan melestarikan warisan budaya, menjaga alam sekitar dan memberikan peluang kepada setiap rakyat untuk berkongsi dalam pembangunan dan kemajuan negeri ini.

Hadir sama, Pengerusi Majlis Perbandaran Padawan Tan Kai.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

27 November 2023

Berita Terbaru