ARTIKEL

Jurulatih Lee Hup Wei | BERNAMA

Hup Wei sasar lima tahun Malaysia kembali gah lompat tinggi Sukan Sea

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUALA LUMPUR: Jurulatih pelapis lompat tinggi negara, Lee Hup Wei memerlukan masa lima tahun bagi meletakkan Malaysia kembali sebagai kuasa besar acara lompat tinggi lelaki di pentas Sukan SEA.

Bekas atlet kebangsaan itu berkata beliau ketika ini giat mencungkil bakat baharu termasuk bekerjasama dengan Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ) dalam usaha menaikkan semula reputasi Malaysia dalam lompat tinggi pada temasya tersebut. 

“Kita perlu ambil masa, susah mahu jangka namun diharapkan dapat lakukan dalam masa lima tahun. saya juga akan cuba yang terbaik (melahirkan atlet berkualiti) memandangkan Malaysia akan jadi tuan rumah pada Sukan SEA 2027 nanti.

“Selain melatih kira-kira 10 atlet dari SSBJ, saya juga akan melakukan pencarian bakat pada Sukan Malaysia (Sukma) 2024 di Sarawak, Ogos ini serta kejohanan MSSM (Majlis Sukan Sekolah Malaysia),” katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Juara Sukan SEA edisi Korat 2007, Vientiane 2009, Jakarta-Palembang 2011 dan Manila 2019 itu turut berharap dapat melahirkan atlet berwibawa untuk diserapkan ke dalam skuad Sukan SEA 2025 di Thailand.

Penguasaan Malaysia dalam acara lompat tinggi lelaki berakhir apabila Nauraj Singh Randhawa yang merupakan pemenang edisi Naypyidaw 2013 (Myanmar), Singapura 2015 dan KL 2017, sekadar meraih pingat perak pada Sukan SEA 2021 di Hanoi.

Malaysia memenangi pingat emas acara itu dalam setiap edisi Sukan SEA sejak 1977, kecuali pada Sukan SEA 2005 di Manila. – BERNAMA

BERITA LAIN

Sze Fei-Nur Izzudin tewas di final BAC 2024

KUALA LUMPUR: Hasrat beregu lelaki negara Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani bergelar juara Kejohanan Badminton Asia (BAC) 2024 tidak kesampaian selepas tewas di pentas final

Muhammad Azeem, rakan ungguli 4X100 meter di Florida

KUALA LUMPUR: Pelari pecut sensasi negara, Muhammad Azeem Mohd Fahmi, terus menampilkan larian bertenaga untuk membantu kuartet 4×100 meter (m) lelaki Universiti Auburn meraih pingat emas pada Kejohanan Olahraga

Joe Ee mungkin beraksi disiplin gelung di Tashkent

KUALA LUMPUR: Pemenang pingat emas Sukan Komanwel 2022, Ng Joe Ee berkemungkinan beraksi dalam disiplin gelung pada Kejohanan Gimnastik Berirama ke-15 di Tashkent, Uzbekistan, dari 2 hingga

Darwin Nunez ‘hilang arah’ di Liverpool

KEUPAYAAN penyerang Liverpool, Darwin Nunez, selalu dibahaskan di Anfield tetapi beliau sering bejaya menghasilkan jaringan bagi kelab Merseyside itu. Ketika membahaskan kekalahan 3-0 Liverpool di

Pecahkan dominasi JDT musim ini – Azman Adnan

KUALA LUMPUR: Legenda bola sepak Selangor, Azman Adnan, meletakkan harapan supaya pasukan lain mampu memberi tentangan terus-menerus kepada Johor Darul Ta’zim (JDT) menjelang musim baharu

BERITA TERBARU

Enam kereta terbakar akibat pembakaran terbuka

LIMBANG: Enam buah kereta di luar bengkel di Jalan Taman Desa Babahanan di sini musnah dalam satu kebakaran disebabkan pembakaran terbuka longgokan kayu berhampiran. Jurucakap

Saingan harga tiket penerbangan ke Sarawak

KUCHING: Pengumuman syarikat penerbangan milik Sarawak yang dijangka beroperasi pada tahun hadapan diharap dapat menurunkan harga tiket kepada anak Sarawak. Adun Tupong Fazzrudin Abdul Rahman