ARTIKEL

Dr Sim Kui Hian.

HUS diiktiraf antara hospital terbaik dunia

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Hospital Umum Sarawak (HUS) mendapat pengiktirafan sebagai salah satu hospital Terbaik Dunia Newsweek 2024 untuk Malaysia.

Timbalan Premier Datuk Amar Dr Sim Kui Hian berkata, ia juga berada pada kedudukan ke-22 daripada 28 hospital yang disenaraikan.

“Daripada jumlah tersebut terdapat tiga hospital daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) termasuk HUS serta Hospital Kuala Lumpur yang berada pada kedudukan keempat dan Hospital Putrajaya ke-26.

“Satu lagi adalah daripada Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) Malaysia iaitu Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) pada kedudukan ke-16,” katanya menerusi hantaran di media sosial Facebook, hari ini.

Tambahnya, apa yang membanggakan adalah HUS bukan sahaja tersenarai sebagai salah satu hospital awam tetapi menjadi satu-satunya hospital di kepulauan Borneo dalam senarai tersebut.

Senarai kedudukan HUS.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU