ARTIKEL

HUS sedang mengesan suami, ahli keluarga Yap Tian Khim

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Hospital Umum Sarawak (HUS) memerlukan bantuan orang ramai untuk mengesan suami atau ahli keluarga kepada pesakit,Yap Tian Khim.

Yap yang menerima rawatan di Jabatan Kecemasan dan Trauma sejak 5 Disember lalu, melalui maklumat dalam kad pengenalan beralamat di No.67 Jalan Foochow No.1, 93300 Kuching, Sarawak.

Menurut kenyataan HUS, pihaknya kini sedang mencari suami Yap, bernama Chong Kok Heng serta ahli keluarga.

“Pada mulanya, pesakit datang ke Jabatan Kecemasan dan Trauma bersama suaminya untuk mendapatkan rawatan pada 5 Disember lalu.

“Bagaimanapun, sejak tarikh tersebut, didapati pesakit tidak diziarahi oleh suami atau mana-mana ahli keluarganya,” dedah kenyataan itu.

Sehubungan itu, pihak hospital melakukan pelbagai usaha mencari suami pesakit namun sehingga kini masih gagal mengesannya kerana tidak memperoleh nombor telefon yang dapat dihubungi.

Justeru, pihak hospital menyeru waris, ahli keluarga atau orang awam yang mempunyai maklumat mengenai pesakit diminta untuk menghubungi Rita Fazlin Awang @ Ibrahim, Pegawai Kerja Sosial Perubatan HUS di talian 082-276666, sambungan 4374 (waktu pejabat) atau Wad Medical 5 di talian 082-276666 sambungan 5934 dengan kadar segera.

LAIN-LAIN BERITA

Sawit naik RM3,750 setan

KUALA LUMPUR: BMI Country Risk & Industry Research (BMI), sebuah badan di bawah Fitch Solutions Group Ltd, telah membuat semakan dan menaikkan unjuran bagi harga

Dua sahabat didakwa cubaan bunuh lelaki

KUCHING: Dua sahabat didakwa di Mahkamah Sesyen hari ini, atas pertuduhan cubaan membunuh seorang lelaki berusia 36 tahun dalam satu kejadian tular di media sosial

Wawasan Tun Taib menjurus kepada pemodenan Sarawak

KUCHING: Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud mempunyai karakter sebagai pemimpin berwawasan dan seorang yang berfikiran strategik berjaya membawa perubahan, sekali gus

Tun Taib bawa pembangunan berterusan

KUCHING: Hubungan rapat antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Sarawak yang terjalin rapat sejak pentadbiran bekas Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud membawa

BERITA TERBARU

Sawit naik RM3,750 setan

KUALA LUMPUR: BMI Country Risk & Industry Research (BMI), sebuah badan di bawah Fitch Solutions Group Ltd, telah membuat semakan dan menaikkan unjuran bagi harga

JKT penolong jurulatih Kuching City FC ‘B’

KUCHING: Keterujaan buat bekas penyerang berpengalaman yang juga kapten Kuching City FC, Joseph Kalang Tie, 37, dalam menelusuri dunia bola sepak dengan persepsi berbeza. Jika

Dua sahabat didakwa cubaan bunuh lelaki

KUCHING: Dua sahabat didakwa di Mahkamah Sesyen hari ini, atas pertuduhan cubaan membunuh seorang lelaki berusia 36 tahun dalam satu kejadian tular di media sosial