ARTIKEL

Hutan Hujan Taman Negara Batang Ai

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

TAMAN Negara Batang Ai destinasi yang membolehkan pengunjung menikmati flora dan fauna dari hutan hujan Borneo.

Bahkan ia memberi peluang kepada pengunjung mempelajari tradisi kebudayaan Iban.

Komuniti setempat mempunyai budaya hidup dan sejarah yang menarik untuk dikongsikan dengan dunia.

Kawasan ini juga menjadi rumah kepada orang utan terbanyak di Sarawak.

Kombinasi kekayaan sumber dengan keindahan semula jadi seperti sungai jernih, hutan hujan yang hijau dan hidupan liar menjadikan ia sebagai destinasi ideal untuk pengembara sejati.

Kawasan Batang Ai juga dikenali sebagai destinasi model untuk pelancongan lestari berasaskan masyarakat dan alam.

Taman Negara Batang Ai boleh diakses melalui perkhidmatan jeti persendirian dari Aiman Batang Ai Resort.

Ia terletak jauh dari kesibukan kota dan menawarkan ketenangan di tengah-tengah tasik buatan Projek Hidroelektrik Batang Ai.

Untuk sampai ke destinasi, ia perlu mengharungi perjalanan bot sejauh 15 kilometer ke hulu sungai untuk sampai di ibu pejabat taman.

Perkhidmatan jeti tersedia secara eksklusif sebagai penggunaan persendirian dan perlu ditempah terlebih dahulu.

Penyediaan perkhidmatan jeti disediakan Aiman Batang Ai Resort, serta dengan pengendali pelancongan di sekitar kawasan tersebut.

Perjalanan ke ibu pejabat taman mengambil masa sehingga dua jam dan perjalanan bot mengambil masa satu jam untuk melintasi tasik hidroelektrik dan satu jam lagi untuk menelusuri Batang Ai yang mengalir deras. 

BERITA LAIN

Perbincangan meja bulat

MESYUARAT Lembaga Institut Kemahiran Islam Malaysia Sarawak (Ikmas) kali ke-23 berjaya diadakan di Bilik Seminar Mulu, Raia Hotel, Kuching, pada 5 Jun lalu. Mesyuarat dipengerusikan

Derma darah bergerak

Faktor yang paling penting, ia membantu memberikan manfaat kesihatan kepada penderma.  Derma darah dapat membantu menjaga kesihatan jantung dan mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular serta kanser. 

Pastikan bekalan darah mencukupi

Setiap tahun pada 14 Jun, Hari Derma Darah Sedunia diraikan untuk meningkatkan kesedaran menderma darah dan tanda penghargaan kepada para penderma. Melalui aktiviti derma darah,

Norma baharu pembelajaran

“Ia bukan sahaja menandakan pencapaian akademik, tetapi juga pertumbuhan peribadi dan transformasi.   Sepanjang tempoh mereka di Kolej Cyberjaya Kuching, para graduan berdepan impak kemelut krisis

BERITA TERBARU

‘Strongman Challenge’ tarik minat orang awam

KUCHING: Penganjuran pertandingan ‘Strongman Challenge’ dapat menggalakkan gaya hidup sihat dan minda yang kuat dalam kalangan anggota polis serta orang awam. Komandan Pulapol Kuching, SAC