ARTIKEL

LOU dimeterai antara Timbalan Pengarah Hutan, Semilan Ripot bersama Dr. Gerard Robijn, Pengarah Penyelidikan Universiti Sains Gunaan Van Hall Larenstein di Belanda.

Hutan jadi sumber ekonomi utama

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Jabatan Hutan Sarawak mengambil satu lagi langkah penting ke arah memperkukuh inisiatif karbon hutan di Sarawak dengan menandatangani Surat Persefahaman (LOU) dengan Universiti Sains Gunaan Van Hall Larenstein di Velp, Belanda.

Kerjasama itu terjalin semasa Program Latihan Mekanisme Perdagangan Karbon Hutan yang dihoskan universiti berkenaan.

Timbalan Pengarah Hutan Semilan Ripot, menekankan kepentingan inisiatif itu dalam Strategi Pembangunan PascaCOVID-19 (PCDS) 2030, yang mengutamakan perhutanan sebagai sektor ekonomi utama.

Kerjasama itu katanya, sejajar dengan komitmen negeri terhadap usaha pemuliharaan hutan, penanaman semula hutan dan penghutanan semula.

“Ia sekali gus menyumbang kepada usaha global untuk memerangi perubahan iklim sambil membuka pintu kepada aliran hasil baharu daripada hutan Sarawak, termasuk yang dijana melalui projek karbon hutan,” katanya.

Beliau menjelaskan, program juga termasuk pembentangan pegawai Jabatan Hutan Sarawak kepada pelajar antarabangsa dan pihak berkepentingan.

Pertukaran pengetahuan itu katanya, memupuk perkongsian kepakaran teknikal, data saintifik dan maklumat berasaskan bukti.

“Ini akhirnya akan menyokong Kerajaan Sarawak dalam membuat keputusan dan mewujudkan dasar dalam memastikan aktiviti karbon hutan berada pada kedudukan yang baik dalam pasaran antarabangsa dan sejajar dengan piawaian karbon.

Baca lain  Lelaki tempatan mengaku tidak bersalah cabul pesakit OKU di hospital

“Malah usaha sama ini menandakan satu langkah kritikal ke hadapan dalam memacu inisiatif karbon hutan Sarawak dan mengukuhkan komitmennya terhadap amalan pengurusan hutan yang mampan,” katanya.

Dalam pada itu, Pengarah Penyelidikan Universiti Dr. Gerard Robijn berkata, matlamat program meningkatkan pengetahuan, memupuk peluang rangkaian dengan pakar industri, dan memudahkan perbincangan untuk mewujudkan kerjasama saintifik, akademik dan pendidikan.

NOTIS TENDER

BERITA LAIN

Jambatan Sebauh dijangka siap lebih awal

SEBAUH : Kemajuan kerja-kerja pembinaan Jambatan Sebauh menyeberangi Sungai Kemena dekat sini berada pada tahap 12.67 peratus dan lebih awal. Menurut Timbalan Premier Datuk Amar

Bangunan Persatuan Autistik Kuching diperbesar

KUCHING: Kerajaan Sarawak menyediakan geran sebanyak RM4,179,000 untuk membina blok pendidikan tiga tingkat kedua Persatuan Autistik Kuching (KAA) yang baharu. Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan

TYT terima kunjungan hormat Shell Malaysia

KUCHING: Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar menerima kunjungan hormat Shell Malaysia, di Astana Negeri Sarawak, hari ini. Kunjungan

BERITA TERBARU