ARTIKEL

i-CATS sumbang 200 anak pokok di CMPC Gunung Singai

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Seramai sekitar 80 pelajar dan pensyarah dari Kolej Universiti i-CATS menyertai program khidmat masyarakat di Gunung Singai, semalam.

Program ‘MPU1252 Khidmat Masyarakat & FIM3003 Komunikasi 101’ bimbingan Pensyarah Muhd Nor Shafiee Ibrahim dan Evyina Kintang ini julung kali diadakan dengan kerjasama pihak Gereja Catholic Memorial Pilgrimage Centre (CMPC) Gunung Singai, Bau.

TERIMA… Para pelajar bersama-sama pensyarah Kolej Universiti i-CATS merakam gambar kenang-kenangan di pintu gerbang CMPC Gunung Singai.

Sebanyak 200 anak pokok pelbagai jenis hasil sumbangan Kolej Universiti i-CATS telah diserahkan kepada pihak CMPC bagi tujuan menceriakan kawasan sekitar gereja yang dikenali sebagai khazanah lama yang bertapak di destinasi pelancongan popular tersebut.

Dekan Fakulti Pengajian Multidisiplin dan Kelestarian (FMSS) Nurulhuda Nadziri menegaskan, penganjuran program bertujuan memberi inspirasi serta membudayakan pelajar ke arah mesra komuniti selain seimbang dari segi intelek, sahsiah dan jasmani.

CERIA… Ketua Program Muhd Nor Shafiee Ibrahim (dua kanan) bersama-sama para pelajar menunjukkan tanaman bunga pelbagai jenis untuk menghiasi kawasan Gunung Singai.

“Hal ini adalah selaras dengan visi Kolej Universiti i-CATS untuk menjadi institusi pendidikan teladan pilihan dan melahirkan graduan berpandangan jauh.

“Kursus-kursus generik seperti ini seharusnya mendapat perhatian yang serius dan bukanlah hanya dilihat sebagai subjek yang wajib bergraduat,” katanya ketika ditemui pemberita di lokasi semalam.

Justeru katanya, aktiviti-aktiviti seperti ini diharap tidak terhenti dan diteruskan di kawasan komuniti lain khususnya pusat tarikan pelancongan di Sarawak.

Antara pengisian program telah diadakan termasuk gotong-royong pembersihan kawasan sekitar, membawa anak-anak pokok ke gereja CMPC, aktiviti keceriaan di tapak terpilih, dan juga penyerahan tanda kecil i-CATS Universiti Kolej.

BERITA LAIN

Belajar buat filem

“Awal penubuhan Sang Rawi, semua ahli kumpulan turut aktif dalam pementasan teater tulisan dan arahan Hafriz Zulfadly sendiri. Antara teater terbaharu terbitan Sang Rawi Teater

Sang Rawi wadah anak muda berkarya

KUMPULAN yang dahulunya sebuah band muzik eksperimental nusantara yang berasal dari Sarawak, Sang Rawi kini muncul dengan rancangan terbaharunya di TVS menerusi dokumentari majalah hidupan

Rumah kampung mini

PENGGUNA TikTok @nazrulfaiz88 tular dengan isi kandungan menghasilkan seni replika mini seperti kawasan perkampungan atau rumah lama. Hasil tangannya sangat kemas dan cantik, sekali pandang

BERITA TERBARU

J.K Rowling penulis bertaraf jutawan

MENGELUH itu perkara biasa. Tetapi jika asyik mengeluh, ia menunjukkan ada perkara yang tidak kena terhadap diri kita. Begitu juga apabila sering mengalami kegagalan dalam

Pengulas e-sukan wanita, Reezpiupiu mahir tiga bahasa

KUALA LUMPUR: Kerjaya pengulas e-sukan kebiasaannya dikuasai oleh kaum lelaki di Malaysia, namun Siti Nurizati Jefree, 23, berjaya memecahkan dominasi berkenaan dengan keunikan tersendiri yang dimilikinya.

Kejohanan catur uji kepantasan berfikir

KUCHING: Seramai 80 peserta menyertai Kejohanan Catur Pantas H&L yang dianjurkan oleh Kelab Prihatin Belia Bandaraya Kuching dengan kerjasama Persatuan Catur Negeri Sarawak di Eco