ARTIKEL

Timothy (kiri) bercakap pada sidang media Kempen Pendidikan Antidadah di i-Youth Center, Jalan Mendu, di sini.

i-Youth Kuching anjur Kempen Pendidikan Antidadah seluruh Kuching dari 11 hingga 21 Jun

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Badan bukan kerajaan (NGO) di negeri ini memandang serius pembabitan pelajar sekolah dan komuniti dalam aktiviti penyalahgunaan dadah, dan komited membasminya.

Justeru, i-Youth Kuching akan menganjurkan Kempen Pendidikan Anti Dadah melibatkan sekolah dan komuniti di seluruh kawasan Kuching bermula hari ini (11 Jun) hingga 21 Jun ini.

Menurut penyelaras projek dan pembangunan atau penceramah i-Youth Kuching, Timothy Bong, kempen tersebut bagi membantu usaha kerajaan dan agensi berkenaan membanteras penyalahgunaan dadah di negeri ini.

Katanya, menurut data Agensi Antidadah Kebangsaan, terdapat 2,433 kes penyalahgunaan dadah di Sarawak dari Januari hingga Mei tahun lepas dan jumlah ini telah meningkat kepada 422 kes pada tahun ini bagi tempoh yang sama.

“Kerajaan Sarawak telah mengambil pelbagai tindakan, termasuk bekerjasama dengan badan bukan kerajaan, untuk membantu penagih dadah pulih, dan menjalankan aktiviti meningkatkan kesedaran di pelbagai wilayah bagi meningkatkan kesedaran masyarakat tentang bahaya dadah.

“I-Youth sebagai organisasi tempatan bukan untung menyahut keperluan ini, dan menjalankan kempen antidadah selama 10 hari untuk belia, pelajar dan juga masyarakat,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media kempen Pendidikan Anti Dadah di i-Youth Center Jalan Mendu di sini.

Menjelas lanjut, katanya, program ini akan menampilkan penceramah yang dahulunya bekas ketua gengster dan juga pernah terlibat dalam penyalahgunaan dadah, iaitu David MACA Soon.

“Pada tahun 2022, David Maca Soon menjadi penceramah bagi program Antidadah dan Antiperjudian anjuran Jawatankuasa Kebajikan Masyarakat dan Khidmat Masyarakat Negeri.

“Kali ini beliau akan berkongsi kisah hidupnya dan membantu golongan muda menjauhi dadah.

“Beliau akan berkongsi pelbagai jenis dadah yang menjejaskan kesihatan seseorang.

“Perkongsian David Hii akan dibantu oleh pembantu peribadinya, Joseph Ungkah, sebagai penterjemah,” jelasnya.

Ujar Timothy, program pencegahan ini juga memberi tumpuan kepada pelajar sekolah menengah untuk mencegah mereka daripada terlibat dalam gaya hidup tidak sihat.

“Ini juga bertujuan memupuk persekitaran pembelajaran yang sihat, selamat dan produktif serta membantu pelajar berkembang menjadi individu yang serba lengkap dan bertanggungjawab.

“Dengan bekerjasama rapat dengan sekolah dan pelbagai komuniti untuk berkongsi maklumat dan berganding bahu memerangi dadah, kami berharap ia dapat mengurangkan masalah dadah dengan ketara dan membina masyarakat penyayang dan sihat,” ujarnya.

BERITA LAIN

Didik anak-anak untuk elak gangguan seksual, rogol

KUCHING: Agensi kerajaan bersama Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) bekerjasama dalam memberi didikan sentuhan selamat dan sentuhan tidak selamat kepada kanak-kanak dalam usaha meningkatkan kesedaran akan

Perlindungan kanak-kanak diperketat

PETRA JAYA: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) dalam proses meminda Akta Kanak-Kanak 2001, bagi memperketatkan lagi perlindungan terhadap kanak-kanak. Menterinya, Datuk Seri Nancy

Hayati falsafah korban

HARI ini 10 Zulhijah 1445 Hijrah, umat Islam menyambut Hari Raya Aidiladha atau Hari Raya Korban atau Hari Raya Haji. Ia sangat sinonim dengan ibadah

BERITA TERBARU

Didik anak-anak untuk elak gangguan seksual, rogol

KUCHING: Agensi kerajaan bersama Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) bekerjasama dalam memberi didikan sentuhan selamat dan sentuhan tidak selamat kepada kanak-kanak dalam usaha meningkatkan kesedaran akan

Perlindungan kanak-kanak diperketat

PETRA JAYA: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) dalam proses meminda Akta Kanak-Kanak 2001, bagi memperketatkan lagi perlindungan terhadap kanak-kanak. Menterinya, Datuk Seri Nancy