ARTIKEL

Naib Presiden Serantau bagi Asia Pasifik IATA, Philip Goh

IATA alu-alukan cas PSC baharu, perkhidmatan perlu sepadan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUALA LUMPUR: Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA) mengalu-alukan pindaan Caj Perkhidmatan Penumpang (PSC) bagi pelepasan antarabangsa tunggal seperti yang diumumkan oleh Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom).

Naib Presiden Serantau bagi Asia Pasifik IATA Philip Goh berkata ketelusan diperlukan mengenai cara kos dapat diperoleh semula daripada pengguna lapangan terbang secara adil.

“Mavcom bekerjasama dengan pihak industri dalam proses perundingan yang menyeluruh sebelum membuat keputusan mengenai perubahan caj di lapangan terbang Malaysia.

“Ini patut dipuji, dan satu amalan terbaik yang wajar dikekalkan terutama dengan penggabungan penting Mavcom dan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) yang akan berlaku,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata walau bagaimanapun, pengenalan PSC transfer mungkin memberi kesan kepada daya saing Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) terutama apabila bersaing untuk traffic transfer di Asia Tenggara yang mempunyai hab penerbangan kukuh di Bangkok, Kuala Lumpur dan Singapura.

“Kami menggesa Mavcom untuk mengkaji semula perkara ini apabila caj perkhidmatan penerbangan disemak selepas ini,” katanya.

Philip berkata IATA berharap dapat meneruskan kerjasama dengan Mavcom dalam proses perundingan yang penting.

Baca lain  K'jaan tanggung subsidi lebih RM100 bilion setahun jika harga minyak mentah dunia cecah US$100 setong

Menurut IATA kadar PSC transfer di Singapura ialah S$6 (S$1=RM3.52) manakala penumpang transit Bangkok pula dikecualikan daripada caj itu.

Pada 12 Mac lepas, Mavcom mengumumkan pindaan kepada PSC bagi Tempoh Kawal Selia Pertama (RP1), bermula 1 Jun, 2024 hingga 31 Dis, 2026.

Mavcom juga memperkenalkan PSC transfer bagi perjalanan domestik di semua lapangan terbang pada kadar RM7, perjalanan antarabangsa melalui Terminal 1 KLIA pada RM42, dan perjalanan antarabangsa melalui Terminal 2 KLIA dan lapangan terbang lain pada RM29.

Suruhanjaya itu memaklumkan bahawa kadar pindaan PSC baharu itu di antara RM7 dengan RM73 dikenakan kepada penumpang yang berlepas dan transfer dari Malaysia.

Kadar itu termasuk caj keselamatan iaitu caj bagi penyediaan perkhidmatan keselamatan di lapangan terbang, menurutnya. — BERNAMA

BERITA LAIN

GIATMARA Spaoh terima pelajar pertama Januari 2025

KUCHING: Pusat GIATMARA di Spaoh bakal menerima kemasukan pelajar pertamanya menjelang Januari 2025, kata Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas. Menurutnya, pengambilan ini

BERITA TERBARU

Dua bot ditahan langgar syarat sah lesen

TANJUNG MANIS: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Tanjung Manis menahan dua bot tempatan selepas disyaki melanggar syarat sah lesen dalam satu operasi,