ARTIKEL

Ibadah korban akan jadi aktiviti tahunan Pertubuhan Kebajikan dan Bantuan Bencana Kuching

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Pertubuhan Kebajikan dan Bantuan Bencana Kuching (PKBK) buat julung kalinya melaksanakan ibadah korban untuk diagihkan kepada lebih 50 penerima, termasuk asnaf.

Pengerusi PKBK, Shamsuri Epoh, berkata sejak penubuhannya, baharu tahun ini persatuan berpeluang melaksanakan ibadah korban.

“Alhamdulillah, kita berpeluang mengagihkan daging korban kepada penerima di Semariang,” katanya selepas Majlis Program Ibadah Qurban di Kampung Semariang Pinggir baru-baru ini.

Sharifah Hasidah (tiga kiri) menyerahkan barangan keperluan asas dan daging korban kepada seorang penerima.

Penyerahan daging korban dilaksanakan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Undang-Undang, MA63 dan Hubungan Negeri-Persekutuan) yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Samariang, Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali.

Shamsuri berkata pihaknya berhasrat untuk menjadikan ibadah korban sebagai aktiviti tahunan.

Menurutnya, PKBK akan membuka peluang kepada ahli untuk menyertai ibadah korban pada masa akan datang.

“PKBK mengutamakan agenda kebajikan sebagai perkara utama demi kepentingan ahli,” katanya.

BERITA LAIN

Projek naik taraf lima jalan di Meradong siap

BINTANGOR: Penduduk lima penempatan di Meradong kini menikmati kemudahan yang lebih selesa apabila pelaksanaan lima Projek Mesra Rakyat (PMR) membabitkan kerja baik pulih jalan raya

BERITA TERBARU

Projek naik taraf lima jalan di Meradong siap

BINTANGOR: Penduduk lima penempatan di Meradong kini menikmati kemudahan yang lebih selesa apabila pelaksanaan lima Projek Mesra Rakyat (PMR) membabitkan kerja baik pulih jalan raya