Teruna berani buka perniagaan syarikat bukan bumiputera

Trending

iBantu Miri santuni masyarakat

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

MENGAMBIL semangat bantumembantu serta ingat akan kesusahan keluarga yang kurang berkemampuan, iBantu Miri melaksanakan dua program dengan pihak SK Pujut Corner dan Jawatankuasa Masjid Nurul Jamilun Subhi di Miri baru-baru ini.

Di SK Pujut Corner, iBantu Miri menyempurnakan penyerahan sumbangan duit tunai kepada 20 keluarga bagi murid asnaf yang mengikuti persekolahan pada 14 April 2023 lalu.

Selain duit raya, sumbangan beras dan sedikit bahan makanan turut diserahkan. Manakala, penyerahan seterusnya dibuat di sekitar Pujut 2 Sungai Adong.

Majlis penyerahan ini dikendalikan bersama pihak Jawatankuasa Masjid Nurul Jamilun Subhi kepada 12 keluarga yang kurang berkemampuan.

Penyerahan ini dibuat di kediaman setiap penerima sumbangan tersebut pada 16 April 2023 lalu.

Diharap projek seperti ini dapat menceriakan sebahagian keluarga pada hari bahagia ini.

Pihak iBantu juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada pengurusan sekolah serta Jawatankuasa masjid yang membantu mengenal pasti semua penerima dan menyempurnakan majlis penyerahan ini.

Pihak iBantu Miri berharap masyarakat terus memberi sokongan dalam usaha menyebarkan kebaikan agar sifat rahmah dalam kalangan masyarakat dapat dibina.

Baca lain  Lebih 570 khatam Al-Quran

Semoga penyerahan sebegini dapat diteruskan pada masa akan datang.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

Kongsi keindahan Islam

WALAUPUN Aidilfitri melabuhkan tirainya, namun matlamat Pertubuhan Ikram Sarawak dengan

E-Paper

28 Mei 2023

Berita Terbaru