Trending

“Iboh Tunggu Lamak Gilak” Iklan AirAsia kelakar Sarawak

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

KUCHING: Syarikat penerbangan tambang rendah terbaik dunia, AirAsia telah melancarkan iklan digital melalui platform media sosial dengan menyelitkan perkataan dalam Bahasa Sarawak.

Menurut maklum balas AirAsia melalui kiriman emel kepada Suara Sarawak, ini merupakan langkah AirAsia untuk terus mendekatkan jenamanya dengan pasaran tempatan terutamanya di Sarawak.

Meskipun, kandungan poster iklan tersebut sebenarnya menggunakan Bahasa Inggeris, apa yang menarik ialah AirAsia telah mengambil langkah menyelitkan penggunaan Bahasa Melayu Sarawak “Iboh Tunggu Lamak Gilak” dalam hantaran iklan digital tersebut di platform media sosial.

“Sarawak sememangnya salah satu pasaran paling penting bagi AirAsia di Malaysia dan laluan Kuala Lumpur-Kuching sendiri merupakan salah satu laluan tersibuk AirAsia dengan 12 penerbangan pergi balik setiap hari.

“Jaringan penerbangan AirAsia menyediakan akses yang sangat mudah antara bandar-bandar utama di Sarawak dengan hab utamanya di Kuala Lumpur (Terminal klia2) dan seterusnya menghubungkan penduduk Sarawak ke lebih 150 destinasi di serata Asean, Asia, Australia dan Amerika Syarikat,” kata emel berkenaan.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

22 September 2023

Berita Terbaru