Trending

Ibrahim Baki bakal teruskan perjuangan Abang Johari di Satok

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

KUCHING:  Datuk Ibrahim Baki bukan asing di kawasan Satok.

Beliau yang telah berjuang lebih  30 tahun bergiat dalam politik di kawasan terbabit  dianggap calon paling tepat oleh banyak pihak bagi menggantikan Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.

Dengan sikap rendah diri dan sentiasa mahu mendengar, banyak bergaul dengan masyarakat pelbagai kaum  serta membantu masyarakat di kawasan ini sejak puluhan tahun lalu, Ibrahim bakal mengisi kasut besar yang ditinggalkan oleh ‘bossnya’ yang juga ketua Menteri Sarawak.

Lulusan undang-undang dari United Kingdom dan seorang ahli korporat itu berazam memberi perhatian kepada pendidikan belia di kawasan berkenaan.

Ditemu bual media semalam, anak didik  Abang Johari dan ayam tambatan GPS yang amat menghargai peluang yang diberikan untuk mewakili parti itu menyatakan pasukannya mahu menumpukan perhatian  kepada pembangunan modal insan yang dianggapnya penting bagi memacu kemajuan negeri dan negara.

Jelas Timbalan Ketua Bahagian PBB Satok itu, elemen berkenaan sangat penting untuk memacu Satok menuju 2030.

“Saya juga mahu meneruskan perkhidmatan cemerlang yang ditinggalkan wakil rakyat terdahulu, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dapat diteruskan oleh pasukan saya,” jelasnya.

Untuk rekod, Abang Johari telah berjaya bukan sahaja mentransformasikan Satok, tetapi juga Sarawak sejak menerajui kepemimpinan negeri ini pada 2017.

Abang Johari yang telah mewakili DUN Satok sejak 1981 mengambil keputusan untuk bertanding di DUN Gedong, mengisi kekosongan selepas penyandang Datuk Mohd Naroden Majais mengundur diri.

”Oleh itu, kami akan meneruskan kerja secara berpasukan dan memperjuangkan apa-apa keperluan di kawasan ini,” katanya.

Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Satok akan menyaksikan pertembungan tiga penjuru apabila beliau ditentang calon Parti Bumi Kenyalang (PBK) , Awang Badele dan Datuk Ir Dr. Nor Irwan Ahmat Nor dari  Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Ibrahim yang  berharap dapat meneruskan perjuangan dan legasi Abang Johari yang juga Ketua Menteri, yakin rakyat dapat menilai khidmat telah diberikan selama ini.

”Mereka dapat menilai yang mana intan dan yang mana permata,” katanya yang bertanding di kerusi di tengah-tengah bandar raya Kuching itu.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

PBK bawa politik murahan

BETONG: Membangkitkan dakwaan tentang kemungkinan kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS)

E-Paper

26 November 2023

Berita Terbaru