ARTIKEL

Ibrahim mengagihkan bubur lambuk kepada pengguna jalan raya di Jalan Datuk Ajibah Abol, Kuching, hari ini.

Ibrahim mengagihkan bubur lambuk kepada pengguna jalan raya di Jalan Datuk Ajibah Abol, Kuching, hari ini.

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Sebanyak 1,500 bekas bubur lambuk diagihkan kepada masyarakat sekitar Satok menerusi Program Pengagihan Bubur Lambuk N8 Satok, hari ini.

Ibrahim mengagihkan bubur lambuk kepada pengguna jalan raya di Jalan Datuk Ajibah Abol, Kuching, hari ini.

Berlangsung di Jambatan Datuk Amar Juma’ani, pengagihan bubur lambuk tersebut disempurnakan oleh Timbalan Menteri Utiliti (Sarawak Energy dan PETROS) yang juga ADUN Satok, Datuk Ibrahim Baki.

Inisiatif tersebut bertujuan menyantuni masyarakat setempat, di samping memperkukuh semangat ukhuwah, kerjasama dan perpaduan antara pelbagai organisasi masyarakat, agensi keselamatan serta sukarelawan yang bertugas sepanjang bulan Ramadan.

Ia juga merupakan antara inisiatif tahunan yang bukan sahaja menghidupkan semangat Ramadan, malah mengeratkan lagi hubungan antara pemimpin, agensi serta masyarakat di kawasan Satok.

Penyediaan bubur lambuk berkenaan dilaksanakan secara gotong-royong melibatkan kira-kira 50 orang daripada Biro Agama DUN Satok, Rumpun Silat Sarawak Wilayah Kuching, Polis Diraja Malaysia serta Pergerakan Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Satok.

BERITA LAIN

Ba’Kelalan berpotensi jadi destinasi pelancongan unik

KUCHING: Keunikan budaya, kraftangan dan hasil tempatan menjadikan Ba’Kelalan berpotensi muncul sebagai destinasi pelancongan baharu yang menarik di Sarawak. Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk

BERITA TERBARU