ARTIKEL

Ibu, anak cedera bergelut dengan peragut

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

MIRI: Seorang ibu bersama anak lelakinya mengalami kecederaan selepas menjadi mangsa kes ragut berhampiran dengan gereja St Joseph di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Miri Alexson Naga Chabu berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian berkenaan sekitar jam 11.42 pagi.

Katanya, kejadian bermula apabila mangsa serta anaknya yang berusia 17 tahun telah didatangi seorang lelaki yang tidak dikenali semasa mereka sedang menuju ke arah kereta yang diletakkan di tepi jalan berhampiran gereja tersebut.

“Dalam kejadian tersebut, suspek yang menggunakan sebuah motosikal berwarna hitam kuning telah mengacukan pisau ke arah mangsa dan meminta mangsa menyerahkan beg sandang yang dipegang oleh mangsa.

“Namun, berlakunya sedikit pergelutan antara suspek dan mangsa yang mengakibatkan mangsa mengalami kecederaan di kening, hidung dan luka di jari, manakala anaknya mengalami kecederaan di pipi,” katanya dalam satu kenyataan.

Ekoran daripada kejadian tersebut, Alexson berkata bahawa Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Mirin telah melancarkan Op Kesan untuk mengesan suspek yang terlibat dalam kes tersebut.

Baca lain  Semangat patriotik perangi Covid-19

Katanya, kertas siasatan telah dibuka dan disiasat di bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh yang boleh sampai 20 tahun, denda atau sebat.

Bagaimanapun katanya, masyarakat Miri dinasihatkan untuk tidak membuat sebarang spekulasi mengenai kejadian ini yang boleh menimbulkan kegusaran masyarakat tempatan.

Pada masa sama, beliau juga menasihatkan mana-mana individu yang mempunyai maklumat berkaitan perlakuan ini, sila tampil ke balai polis berdekatan atau hubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Mohd Rayhan Albert di talian 085-433730.

BERITA LAIN

Bacaan IPU Sarawak baik, sederhana

KUCHING: Indeks Pencemaran Udara (IPU) di seluruh Sarawak menunjukkan bacaan baik dan sederhana serta tiada bacaan tidak sihat direkodkan susulan letusan Gunung Ruang di Sulawesi

Adun Repok lawat dua pesakit warga emas

SARIKEI: Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Datuk Seri Huang Tiong Sii melawat dua warga emas yang terlantar sakit di kediaman mereka, pada Khamis.

Pesta Beras Adan 2024 di Ba’Kelalan

LAWAS: Ba’Kelalan mempunyai potensi besar untuk dipasarkan dan dipromosikan sebagai destinasi pelancongan ekologi. Yang Dipertua Dewan Negara, Senator Datuk Mutang Tagal berkata demikian susulan pelbagai

BERITA TERBARU

Bacaan IPU Sarawak baik, sederhana

KUCHING: Indeks Pencemaran Udara (IPU) di seluruh Sarawak menunjukkan bacaan baik dan sederhana serta tiada bacaan tidak sihat direkodkan susulan letusan Gunung Ruang di Sulawesi