ARTIKEL

Majang menyampaikan sijil penghargaan kepada salah seorang ahli PIBG SMK Kidurong.

Ibu bapa disaran pantau penggunaan teknologi anak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BINTULU: Ibu bapa disaran memainkan peranan lebih aktif dalam memantau penggunaan teknologi dalam kalangan anak-anak memandangkan generasi muda kini membesar dalam persekitaran digital yang semakin mencabar.

Timbalan Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak Datuk Majang Renggi berkata pemantauan itu penting bagi memastikan anak-anak menggunakan internet dan peranti digital secara bijak serta tidak terdedah kepada kandungan yang tidak sesuai.

Beliau berkata perkembangan pesat teknologi maklumat memberi pelbagai manfaat kepada proses pembelajaran, namun tanpa pemantauan yang sewajarnya ia juga boleh memberi kesan negatif kepada perkembangan pelajar.

Majang semasa berucap merasmikan Ceramah Keibubapaan sempena Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) kali ke-29 Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kidurong pada Sabtu.

“Ibu bapa perlu memastikan anak-anak menggunakan internet dan peranti digital secara bijak selain menetapkan had masa penggunaan teknologi agar tidak menjejaskan pembelajaran dan kesejahteraan mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Ceramah Keibubapaan sempena Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) kali ke-29 Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kidurong di Dewan Suarah Bintulu di sini hari ini.

Majang yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Samalaju berkata walaupun sekolah memainkan peranan penting dalam menyampaikan ilmu pengetahuan, asas pendidikan sebenarnya bermula di rumah dengan ibu bapa sebagai guru pertama dalam kehidupan anak-anak.

Sehubungan itu, beliau menyeru ibu bapa supaya sentiasa peka terhadap perkembangan anak-anak serta meluangkan masa untuk berkomunikasi dan memberikan bimbingan yang sewajarnya.

Menurutnya, anak-anak yang mendapat perhatian serta sokongan daripada keluarga akan lebih berkeyakinan, berdisiplin dan bersemangat untuk mencapai kejayaan dalam pendidikan.

“Jika kita mahu anak-anak berada di hadapan, ibu bapa juga perlu berada di belakang mereka sebagai penyokong utama dan paling kuat,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut menggalakkan pihak sekolah menjalin kerjasama erat dengan alumni atau bekas pelajar bagi memperkukuh ekosistem pendidikan di sekolah.

Menurutnya, alumni boleh memainkan peranan penting sebagai mentor kepada pelajar selain menyumbang dari segi kepakaran, pengalaman serta kemudahan yang dapat membantu meningkatkan pencapaian sekolah.

“Kerjasama antara pihak sekolah, PIBG serta alumni amat penting bagi memastikan pelajar menerima pendidikan yang seimbang bukan sahaja dari segi akademik tetapi juga pembentukan sahsiah dan jati diri,” katanya.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU