KUALA LUMPUR: Menteri Pendidikan Datuk Seri Fadhlina Sidek meminta ibu bapa dan warga sekolah mengikuti saluran rasmi Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Sarawak untuk mendapatkan perkembangan terkini mengenai keadaan jerebu.
Beliau berkata kesihatan dan keselamatan anak-anak perlu diutamakan, manakala JPN Sarawak akan terus memantau keadaan dari semasa ke semasa.

Terdahulu, JPN Sarawak memaklumkan 647 sekolah rendah dan menengah di negeri itu ditutup sementara selama lima hari bermula 7 hingga 11 Sept susulan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) pada tahap tidak sihat di beberapa lokasi.
Menurut Bernama, penutupan itu melibatkan 563 sekolah rendah dengan 108,477 murid serta 84 sekolah menengah membabitkan 90,082 pelajar, dengan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) dilaksanakan sepanjang tempoh berkenaan.
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim turut memperkenankan pengisytiharan darurat di seluruh daerah Serian berikutan keadaan jerebu yang mencapai tahap pencemaran udara yang membahayakan kesihatan dan keselamatan orang ramai.




