ARTIKEL

Ibu dan anak lelaki diberkas simpan syabu seberat 21 kilogram

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

JOHOR BAHRU: Polis Johor menahan dua beranak dan merampas dadah bernilai RM1.09 juta dalam serbuan ke atas sebuah rumah di Muar Rabu lepas.

Ketua Polis Johor Datuk Mohd Kamarudin Md Din berkata wanita tempatan berusia 46 tahun bersama anak lelakinya, 26, ditahan sepasukan polis di rumah mereka pada pukul 3.40 petang dan hasilnya, polis menemukan dadah disyaki syabu seberat 21.8 kilogram bernilai RM1.09 juta di dalam sebuah bilik rumah berkenaan.

“Maklumat risikian mendapati kedua-dua suspek aktif mengedar dadah sejak lima tahun lepas. Siasatan masih dijalankan bagi mengenalpasti lokasi (pasaran) dadah dan sama ada mereka ada kaitan dengan sindiket pengedaran dadah,” katanya dalam sidang media di sini, semalam.

Beliau berkata berdasarkan ujian saringan air kencing, lelaki berkenaan didapati positif dadah jenis methamphetamine manakala ibunya negatif.

Kedua-dua suspek direman tujuh hari bermula Khamis manakala sebuah kenderaan jenis Perodua Myvi yang dipercayai digunakan suspek untuk melakukan kegiatan terbabit disita.

Sementara itu, 1,846 suspek pelbagai kesalahan dadah ditahan semenjak awal tahun ini sehingga 6 Februari, menurut Mohd Kamarudin.

“Dalam tempoh sama, kita juga merampas 226 kilogram dadah. Keseluruhan dadah dirampas bernilai RM3.54 juta dan harta yang disita pula bernilai RM1.46 juta,” katanya.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Jalai Balingian–Sungai Anak patut diadu manah

KUCHING: Pengawa ngintu, ngadu sereta nangkir Jalai Perintah Besai Balingian–Sungai Anak ti nyambung rentayan Jalai Besai Pan Borneo begunaka perati dikena nambahka pengelikun enggau pejalai